Pages

Reasons To Continue Writing

Sunday, July 31, 2011

Hah Apa Dia?

60 comments:
Assalamualaikum.

Pi Terawih Tak Kawan Semua? Bagussss
Hari Neh Fa Nak Cerita Benda Kelako Tapi Berisi. Ecehh

Mengigau

Bahasa Sentifik Nya Somniloquy.
Korang Ngigau Dop?
Eh Ngigau Tuh Apa?
Ngigau Tuh Cakap Dalam Tido Yea Murid-Murid.

Cakap Dalam Tido Ke Cakap Dalam Mimpi?
Sebenarnya, Saintis Pun Tak Sure Sama Ada Kita Bercakap Berkaitan Dengan Mimpi, Or Memang Kita Mamai.

Hari Tuh Umi Kata Fa Ngigau.
Dah Lama Rasanya Tak Ngigau
Umi Cakap, Tetba Je Fa Tanya,
" Hah Apa Dia? "
Pastu Senyap...
Pastu,
" Haa Ye Lah "
Bak Kata Umi,
" Haihh Anak Arwah Syed Hud "
Bila Dengar Umi Cerita Tuh Memang Nak Tergelak.
Tak Sangka Pulak Fa Terikut Perangai Arwah Abah.

Sesapa Pun Boleh Ngigau,
Kenapa Kita Ngigau Pun Tak Tentu.
Sometimes Sebab Makan Ubat, Tak Cukup Rehat, Demam,
Dan Mungkin Juga Sebab Kurang Siuman.

Kalo Korang Rasa Tak Selesa Sebab Ngigau,
Pegi La Jumpa Sleeping Therapist.
Takda Ubat Pun Nak Sembuhkan Disorder Neh.

tak mo skip terawih tau!
Oh Maklumat Lanjut Mengenai Mengigau Boleh La Ke SINI Yea.

pssstt: Pernah Dengar Orang Cakap, Jangan Terus Kejut Sesapa Yang Ngigau, Takut Roh Dia Tak Kembali Ke Jasad. Wallahualam.


Saturday, July 30, 2011

Awak, Tolong La Paham

79 comments:
Assalamualaikum.

Terharu Pulak Bila Kak Diana Dengan Kak Wanie Tanya,
"Tak Update Blog Ke?"
Terima Kaseh Sangat Menunggu Update Dari Saya,
Nah 2 Hengget. =P

Siapa Yang Tak Paham Cakap Fa Neh Ek?
Sebenarnya Fa Nak Cakap Pasal,
Kucing Jalanan

Sebagai Hantu Kucing,
Adalah Normal Bagi Kami Untuk Menegur Kucing-Kucing Terbiar.
Tapi Yang Sedeh Nya,
Kucing-Kucing Neh Tak Friendly La.
Dia Macam Fobia Dengan Manusia.
Kesian Dia, Agak Nya Asyik Kena Buli Je Kot.


Contoh Situasi:
1. Ada Anak Kucing Atas Bumbung Rumah Jiran Fa, Kesian Dia. Kitorang Nak Tolong, Tapi.... Dia Lari Bila Nampak Manusia. -_________- Naseb Baek Ada Tempat Teduh Bila Ujan.


2. Keluar Makan. Pastu Ada Sekor Neh Tengok Dia Dok Kibai-Kibai Kepala, Tangan Asyik Lap Mulut, Rupanya Ada Tulang. Lama Jugak Tersekat Tulang Tuh Kat Gigi Dia. Nak Cuba Tolong, Kita Baru Jalan Setapak, Dia Dah Beribu Tapak Lari.

3. Anak Kucing Jatuh Dalam Longkang. Mak Dia Tengah Nak Pindah Rumah, Sekali Angkut Yang Satu Neh, Terjatuh Pulak Dalam Longkang! Agak Dalam Pulak Tuh. Tapi Mak Dia Marah Orang Nak Tolong Amek. Sampai La Besar Budak Tuh Hidup Dalam Longkang.

Kesian Tau Kucing-Kucing Terbiar Neh.
Pernah Sampai Fa Berdoa

" Ya Allah, Kau Berikan Lah Petunjuk Kepada Kucing Tuh Supaya Dia Tau Yang Kami Nak Tolong Dia, Bukan Nak Cedera Kan Dia. "

Fa Harap Sangat Kat Kawan-Kawan Yang Tak Suka Kucing, Jangan Lah Buli Dia. Biar Kan Je Dia Pun Lebih Bagus Daripada Dok Sepak-Sepak Dia.
Ish Kejam La Tengok Orang Dera Kucing.
Nak Nanges...

Oh Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

psstt: Harap Maaf Doodle Sangat Buruk, Saya Kekurangan Tenaga.

Friday, July 29, 2011

Kena Tau Jugak

82 comments:
Assalamualaikum.

Kelakar Pulak Rasa Semalam.
Dari 8.30 Sampai 10.30 Malam,
Kosong Je Blog.
Shoutbox Tak Gerak Sangat.
Sekali Lepas Tuh,
Haa Kau Berderet Datang,
Semua Kecewa, Tapi Bersyukur Dan Kami Masih Berbangga Jadi Rakyat Malaysia, KAN? =)

Anyways,
Hari Neh Fa Nak Cakap Pasal Kereta.
Bukan Senang Nak Jaga Kereta Tau.
Takat Ada Lesen, Tapi Tak Reti Jaga, Payah La Kawan.

Bila Kita Bawak Kete,
Kita Kena Peka.
Peka Dengan Bunyi, Dengan Keadaan, Dengan Semua Lah.
Kalo Expert Bawak Kete, Tapi Stereng Berat Sebab Tayar Pancit Pun Tak Tau,
Serupa Macam Takda Lesen. -_____-

Hari Tuh Pegi Makan,
Naseb Baek Tak On Radio,
Kitorang Dengaq Bunyi Pelik Kat Bahagian Tayar.
Tapi Tayar Takda Pancit Pun,
So Bila Dah Kat Rumah,
Check, Rupanya Ada Skru Kat Tayar.
Skru Kicik, Tak Mampu Untuk Melobangkan Tayar.
kete alaf baru? =P

Kesimpulan Nya,
Kita Kena Sentiasa Peka Dengan Keadaan Okay.
Pastu Kena Belajar Benda Basic,
Cara Tukar Tayar, Pam Tayar, Check Air, Stereng Berat Kenapa Dan Lain Lain.
Nak Repair Kete Bukan Nya Murah Sekarang.

pssttt: Kawan Saya Cik Bella Neh Ada Lesen, Tapi Bawak Kete Tak Sampai 5 Kali. Ishh Ishh Ishh

Thursday, July 28, 2011

Esok Suara Suma Ilang

61 comments:
Assalamualaikum.

Sana Sini Orang Mengaummmm.
Tak Pasal Fa Pun Meowww Ngaumm Sekali.
Seronok Rasa Bila Tengok Rakyat Malaysia Sokong,
Beri Semangat Berpadu-Padu Macam Peluru Berpandu.
Keep Up The Spirit Guys!

Terus Terang,
Saya Tak Minat Bola.
Fine Mesti Korang Macam,
Erghh Gedik, Minah Lembik.

Pedulik Apa, Yang Penting,
Fa Tak Da Kutuk-Kutuk Pemain Bila Kalah.
Fa Jenis Tak Tengok,
Dan Reti Diam. ecehh
Jangan Jadi Macam Some People,
Tau Kutuk Ja.
Cuba Korang Maen Kat Tengah Padang Dikelilingi Jutaan Rakyat,
Mau Tak Saiko Otak.
Apa Pun,
Teruskan Mengaum Rakyat Malaysia!
Harimau Malaya Needs Us!
Sesapa Yang Pegi Malam Neh,
Ngaumm Kuat-Kuat Tau!
Biar Ilang Suara Esok.

Tapi Ingat,
KALAU Kalah,
JANGAN TAU KUTUK JE!


UPDATE: KITA DAH KALAH, JANGAN TERSALAH BAHASA. Apa Pun, PEMAIN KITA DAH BUAT YANG TERBAEK. =)

psstt: Kalo Rimau Mengaum, Singa??


Review Ke Promote?

26 comments:
Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Teruja Sangat!
Tak Sangka Bukan Calang Calang Dapat Beroperasi Dengan Jayanya Sampai Mencecah 3000 Lebih Follower.

Hari Neh Terasa Nak Bagi Award.
Yelah Ari Tuh Sedara Kiz Neh Kata,
Sekarang Dah Tak Ramai Bagi Award.

Thank You So Much To My Dearest 3333rd Follower,
tekan gambo untuk link
Cik Ezzaty Punya Blog Neh Simple And Sweet Je.
Entry Dia Banyak Selit Mesej Tentang Islam, Mesej Tentang Kehidupan, And Info.
Best! Penulisan Tak Berat, Senang Paham.

Cuma Satu Fa Nak Suggest,
Tulisan Tuh Buat Colour Pekat Sket,
Blog List Pun Buat Colour Kontra Bagi Terang, Eye Catching Gitu.
Suggestion Saja Yea! =)

Oh Lupa Pulak,
Terima Lah Award Yang Tak Seberapa Neh,


Maka,
Yang Laen Tuh,
Apa Lagi? Serang La!
Bagi Trafik Jem Sket Kat Blog Cik Ezzaty.

psssttt: Sayanggggg Korang Semuaaaa! Thank You For Keeping My Blog Alive!

Wednesday, July 27, 2011

Kaya Sangat La Tuh

92 comments:
Assalamualaikum.

Korang Kalo Pi Restoren,
Order Ikut Nafsu Ke Ikut Kemampuan Ke, Ikut Keperluan?
Fa Ada Satu Cerita Yang...Hmm Korang Nilai La Sindri Yea.

Pada Suatu Hari, Sang Kancil Sedang Berlari-Lari
Fa Dengan Family Pi Makan Kat KLCC, (hari beli laptop baru =P)
Ada Sepasang Laki Bini Tepi Kitorang.

Yang Suami, Baju Batik, Ipad Di Sisi, Kunci BMW Dibiar Atas Meja, Iphone 4 Di Tangan.
Yang Isteri, Berbaju Kurung, Handbag Charles and Keith, Berkasut Tumit Jimmy Choo, Iphone 4 Di Tangan.
Gaya Nya Selamba Je, Tak Da Lah Formal Sangat.

Suami Bangun Nak Pi Order,
Sekali Kitorang Dengar, " Bang Nak Chee Cheong Fun, Bang Nak Red Bean Soup, Bang Nak Kaya Toast, Bang Nak Fishball Noodle Soup, Bang Nak Makan Satu Kedai "
Err Yang Last Tuh Gimik Je.

Yang Pelik,
Ada Dua Orang Je,
Tapi Order Macam Kami Berempat Pun Tak Boleh Habes.
Lapar Bebeno Yek.
paling buruk dalam sejarah doodle saya

Makanan Pun Sampai,
Meja Dia Penuh (kantoi kami neh kepoh)
Rasa Macam Segala Menu Kat Kedai Neh Di Order.

Malangnya,
Diorang Makan Macam Maen Rasa-Rasa.
Yang Soup Dihirup 2 Sudu, Yang Roti Dimakan Sekeping, Yang Mihun Ditelan 4 Sudu, Dan Seterusnya.
Yang Laen Tuh?
Dibiar Begitu Saja, Dan Mereka Pun Pulang.

Jadi Kesimpulannya,
Kalo Kaya Sangat Sekali Pun,
Jangan Lah Membazir Yea.
Kesian Makanan Tuh Nanges Nanti Kena Buang.


Tuesday, July 26, 2011

Air Mata Segelen Pun Tak Guna

81 comments:
Assalamualaikum.

Amacam Pengakuan Ekslusif Tapi Tak Kontroversi Fa Semalam?
Hari Neh Fa Nak Bagi Pesan Sket.
Sebagai Langkah Berjaga-Jaga. *huisshh seriusnyaa*

Kisahnya Begini,
Hari Ahad Hari Tuh Pi Pasar Malam,
Nak Keluar Dari Kawasan Parking Memang Susah Sebab Ramai Orang Lalu-Lalang,
Pastu Bila Jalan Clear,
Tiba-Tiba


Ada Budak Lari-Lari Depan Keta,
Rasanya Tinggi Dia Tak Lepas Pun Pintu Kereta,
Naseb Baek Sempat Brake!

Tak Paham La Cara Orang Jaga Anak Sekarang Neh.
Kalo Brake Tak Makan Time Tuh Camne?
Hilang Anak Kau Kang Baru Tau.

Yes, Saya Tengah Hangin.
Padahal Mak Bapak Ada Je Lenggang Tangan Kosong,
Anak Satu Tuh,
Tak Kan Nak Pimpin Pun Tak Boleh??

Bila Dah Kena Langgar,
Baru Nak Melalak, Teriak Air Mata Segelen Keluar.
Time Tuh Kau Maki Hamun Pun Aku Pedulik Apa,
Memang Salah Kau.
Tak Reti Jaga Anak.
Tak Sayang Anak Yea Kak??


Sama La Jugak Kes Culik,
Duk Leka-Leka Nak Shopping Baju Raya,
Anak Ilang Pi Makan Lolipop Abang Hensem Belanja.
Budak Neh Tau Pulak Abang Hensem Tuh Jahat.

Kesimpulan Nya,
Anak Tuh Anugerah Ilahi,
Jaga Lah Elok-Elok,
Dia Bukan Reti Nak Tengok Kiri Kanan Sebelum Lintas,
Kita Kena La Lintas Dengan Dia, Ajar Dia.

psstt: Cik Dil, Fa Pun Dah Ter-Hangin Pepagi. Hehe

Monday, July 25, 2011

Saya Mengaku

91 comments:
Assalamualaikum.

Hari Neh Fa Nak Bertindak Berani.
Fa Nak Buat Few Confessions.

1. Saya Mengaku Saya Takut Kilat, Guruh, Petir. Kalo Duk Sorang Kat Rumah Memang Fa Sembunyi Dalam Selimut.

2. Saya Mengaku Saya Tak Pernah Tengok Titanic. Dah Berbulan Ada Dalam Laptop, Tapi Still Tak Tengok.

3. Saya Mengaku Saya Takut Lipas. Especially Lipas Terbang! Hoii Ngeri. Eleh Korang Pun Sama Kan?

4. Saya Mengaku TV Rumah Saya Dah Hampir 5 Bulan Tak On. Kami Memang Jarang Tengok TV.

5. Saya Mengaku Saya Takut Badut, Maskot Dan Segala Makhluk Bertopeng. Seriously? Fa Tak Paham Motif Nak Ada Badut Kat Party, Saya Langsung Tak Eksaited Okay! Kalo Jumpa Ronald Mekdonal, Or Bear A&W Pun Saya Lari.

6. Saya Mengaku Saya Tak Suka Harry Potter, Pirates Of The Caribbean, Dan Lord Of The Rings.

7. Saya Mengaku Saya Tak Pernah Derma Darah. Kenapa? Yang Pasti Bukan Sebab Takut Jarum.

8. Saya Mengaku Saya Tengah Guna Laptop Baru. Erk. Laptop Lama Rosak La.

Korang Ngaku La Pulak!

pssstt: Jom Pi Usha Pak Janggut Neh Jap, Dia Ada Tips Untuk Korang: AbgFeroz

Sunday, July 24, 2011

Moden La Konon

77 comments:
Assalamualaikum.

Selamat Hujung Minggu!
Buat Kueh Raya Ke?
Anyways, Entry Neh Ditujukan Kepada Wanita.
Yang Lelaki, Mesti Korang Suka Bila Baca.

Fa Cakap Berdasarkan Status Kawan-Kawan Fa Kat Pesbuk.
*naseb baek diorang takda blog =D*
Diorang Bangga Je Tak Reti Masak Nasi Walaupun Umur Dah 20.
Selamba Je Tak Reti Beza Sayur Sawi Dengan Bayam.
Yakin Sungguh Cakap Tuh Ikan Pari Padahal Sebenarnya Ikan Bawal.

Apa Fa Merapu Neh?
Fa Nak Ingatkan Sket Kat Rakan Bloggers Jelitawan Supaya Belajar Lah Masak Sebelum Kawen.
Tapi Sebelum Masak, Kena La Ikut Mak Pi Pasar Jugak.
Baru Lah Boleh Cam Sayur, Ikan, Ulam Pe Suma.

Jangan Ingat Dah Reti Buat Cupcakes,
Dah Hafal Resipi Honey Cornflakes,
Dah Expert Buat Orea Ciskek,
Korang Dah Layak Jadi Isteri Orang.


Habes La Hari-Hari Makan Benda Manis Je.
Baru Sebulan Kawen, Suami Dah Kena Diabetes.
Mau Gitu?

Suami You Moden? Suami You Sporting? Suami You Kaya Boleh Makan Kat Kedai Hari-Hari? Citt! Pigidahh.
Percaya Lah,
Setiap Sorang Yang Hidup Neh,
Mesti Rindu Masakan Mak, Masakan Rumah.
Uncle Fa Yang Dah Kawen 30 Tahun Tuh Pun Kekadang Ngidam Lemak Ketam Arwah Nenek Tau.


Ecehh Zaman Sekarang Career Woman Yea?
Tak Maen La Masak-Masak Kat Umah?
Maap La Yea, Tapi Sebab Tuh La Kes Cerai Makin Banyak Lately Neh.
Suami Lari, Tak Tahan Asyik Makan Luar Ja.

Sorry Kalo Entry Neh Macam Ganas,
Maap Kalo Ada Yang Terasa.
Saja Nak Meluahkan Rasa Pelik.
Fa Pun Masih Sedang Belajar Memasak. =)

pssttt: Gambo Ihsan Kat Sini Dengan Sini, Sorry Penat Nak Lukis. Hehe

Saturday, July 23, 2011

Segmen BW Pantas Kotak Bulat!

41 comments:
Assalamualaikum.


(click gambo untuk jon segmen)

Pendapat Mengenai Blog KB.
This Is Best Brooo. Blog Neh Semakin Hari Semakin Best Entry Nya. Loading Pun Laju. Nak Baca Post Pun Senang. Shoutbox Pun Terpampang. Iklan Pun Tak Semak. Pendek Kata, Complete, Cantek, Menarik, Tertarik, Kau Memang Da Bomb!

Mood: Rajin Nak Blogwalking Sampai Ngigau!

Segmen Ini Ditutup Jam 2Pagi!
Jom Join Laju Laju!
Alamat: Kotak Bulat Menulis

psstt: Cik KB, Fa Tukar Ayat Pitam Tuh Boleh? =P

Friday, July 22, 2011

Mana Mak Bidan Nehh

66 comments:
Assalamualaikum.

Dah Dua Hari Tulis Entry Agak Serius. ecehh
Hari Neh Jom Cakap Pasal Kucing Nak? Jom La Jom La!
Hari Tuh Kat Entry Neh Fa Ada Cakap Nak Share Pasal Kucing Beranak.
So Here It Is,
Tanda Kucing Nak Beranak

Peringatan Neh Berdasarkan Kucing-Kucing Saya Sahaja.
Fa Tak Pasti Kucing Laen Macam Mana. Hehe

2-3 Bulan Sebelum Beranak,
Dia Mula Hangin Je. Semua Kucing Dia Nak Bantai. Patutnya Kalo Manusia Mengandung Bukan Cakap Macam Singa Betina, Tapi Macam Kucing Betina.

2-3 Minggu Sebelum Beranak,
Dia Akan Mula Selongkar Almari, Tempat-Tempat Tersembunyi Untuk Port Dia Nak Beranak.

2-3 Jam Sebelum Beranak,
Dia Akan Geget Tengkuk Kucing Laen, Macam Practice Dukung Baby. Sebab Kucing Angkat Anak Dia Dengan Geget Tengkuk.

2-3 Minit Sebelum Beranak,
Dia Mula Bising. Mula Tak Tentu Arah.

2-3 Saat Sebelum Beranak,
Dia Hilang. Kalo Dia Selesa Dengan Tempat Beranak Yang Disediakan, Baru Lah Dia Beranak Kat Situ. Kalo Tak, Tunggu Je La Bunyi Anak Kucing Supaya Boleh Cari.

kucing pun mahu bantal

Thursday, July 21, 2011

Sila Cuba Lagi!

81 comments:
Assalamualaikum.

Kena Siapkan Cepat-Cepat,
Jap G Nak Keluar. Yeay!
Lama Bebeno Rasa Tak Keluaq.
Paling Banyak Pun Pi Jogging Ja Pepagi.
Sian Saya. =P

Anyways,
Ada Sesapa Kat Sini Tengok MasterChef Tak?
Fa Suka Tengok. Tapi Kat YouTube Je Pun. Hee
Sebab Best, Boleh Belajar Cara Dia Masak, Style,
Dengan Macam-Macam Bahan Yang Ada.


Sebenarnya,
Sepanjang Fa Tengok MasterChef,
Besides Learning And Watching Them Cook,
Banyak Mesej Tersembunyi, Tersurat Yang Disampaikan.

Ada Sorang Peserta Neh,
Dia Nak Masak 'Beef Wellington' Dalam Satu Jam.
Gordon Ramsey, (Judge) Cakap Kat Dia,

" It Took Me Years To Perfect That Dish, And You Want To Make It In One Hour? With You First Time Cooking It?  "

Result,
Makanan Tuh Sedap Gila.

Ada Tiga Mesej Daripada Soalan Gordon Ramsey,

1. Chef Terhandal Sedunia Pun Still Kena Try Banyak Kali Nak Buat Masakan Dia Mantop, Walaupun Sebenarnya Apa Yang Dia Masak Tuh Dah Excellent, Tapi Dia Still Cuba And Cuba And Cuba To Improve.
Sama La Jugak Dengan Kita. Kita Gagal, Or Kita Berjaya, Kita Still Kena Cuba Untuk Terus Jadi Yang Terbaik. Bukan Untuk Orang Laen, Tapi Untuk Diri Sendiri.

2. Mamat Tuh First Time Seumur Hidup Nak Cuba Masak Benda Tuh. Dia Tau Risiko Tinggi, Dia Tau Dia Tak Sehebat Gordon, Tapi Dia Yakin Dengan Diri Dia.
Kita Kena Berani Mengambil Risiko, Tapi Mesti Bijak Memilih Situasi. Ada Tempat Kita Boleh Jadi Berani, Ada Perkara Kita Kena Stay Low Profile.

3. Dia Determine Nak Buat Jugak Walaupun Judge Tuh Macam Tak Percaya Kat Dia. Misi Dia, Nak Buat Gordon And Lagi Dua Judges Kagum Dengan Kebolehan Dia Kuasai 'Beef Wellington' Tuh.
Cuma Satu Fa Nak Cakap, Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan. Kita Tak Boleh Give Up Hanya Dengan Satu Ayat Yang Menyoal Kebolehan Kita. 


Wednesday, July 20, 2011

Pesanan Khidmat Masyarakat

81 comments:
Assalamualaikum.

Today Saja Nak Ingatkan Semua Yang Membaca Blog Fa Tentang, Kesihatan.
Since Dah Banyak Sangat Tragedi Berlaku,
Fa Rasa Fa Perlu Buat Entry Ni.

Fa Ada Auntie Yang Baru Disahkan Mengidap Breast Cancer, Stage 3.
Stage 3, Critical Stage.
Tapi, Yang Buat Fa Terkejut,
Rupanya Auntie Fa Dah Mula Rasa Bonggol, Antara Tanda Paling Senang Dikesan,
For FIVE YEARS.
Bayangkan, Lima Tahun Dia Pendam, Degil Tak Nak Pegi Check.

Yang Lelaki,
Mungkin Breast Cancer Jarang Berlaku Kat Lelaki,
Tapi Lung Cancer, Prostate, Korang Tau Kan Neh Antara Penyakit Yang Membunuh?

Antara Symptom Breast Cancer,
  • Bengkak, Ketulan Kat Breast, Ketiak
  • Keluar Darah, Cecair From Nipple,
  • Sakit Kat Bahagian Nipple,
  • Kulit Kat Bahagian Nipple Macam Merekah
  • Nipple Mengecut.
Kalo Nak Senang Pi Klinik Amek Brochure,
Or Boleh Try Cari Info Pasal Beratus Jenis Cancer Kat SINI.

Takut Nak Pegi CheckUp?
Korang Ada Dua Pilihan.

1. Nak Dapat Tau Sakit Awal, And At Least Peluang Untuk Sihat Still Ada,

Or

2. Tak Nak Tau Langsung And Sedar-Sedar Korang Cuma Ada Tiga Minggu Untuk Hidup?

Prevention Is Better Than Cure!


Tuesday, July 19, 2011

Patut Lah Mahal

116 comments:
Assalamualaikum.

Pernah Tak Korang Terpk Kenapa La Ada Beberapa Biskut Mahal Sangat?
Kalo Ikut Kan Bahan Apa Je.
Sebenarnya, Cara Membuat Tuh Yang Buat Mahal.
Ce Mana Saya Tau?
Haa Pengalaman Okay!
Ahad Ari Tuh, Fa Tolong Umi Buat,
Kueh Buah Rotan.

Kueh Apa Tuh?
Sila Tunggu Hingga Penghujung Rancangan.



Nak Bagi Resipi Neh,
Akak-Akak Suma, Mrs Yie, Kak Pia, Kak Diana, Kak Ulan
Jemput La Yea Siap Kan Kertas. =D *ke dah tau resepi?*

Bahan-Bahan
500gm tepung pulut,
500ml santan
250ml air
4 sudu besar gula
1 biji telur
50 gm bijian
1 sudu besar esen ros
minyak masak

Cara Buat:
1. Campur Santan Dengan Air. Ketepikan.
2. Pecahkan Telur, Pastu Campurkan Dengan Gula and Esen.
3. Kacau, Tuang Dalam Santan Tadi, Pukul Sampai Lunyai, Sebati.
4.Campur Tepung Pulut, dan Gaul Hingga Jadi Adunan.
peringkat pertama

5. Buat Bulat2 Kecik.

6. Lekat Kan Dengan Bijan

peringkat kedua
Last Sekali,
Goreng Sampai Jadi Macam Gamba First Tadi.

hiasan :P

Nak Tau Apa Yang Susah?
Adunan Punya Lah Banyak,
Tapi Nak Dibuat Bola2 KECIK GILA Kot.
Memang Satu Hari Suntuk La Baru Siap.
Sebab Tuh La Mahal.
Tenaga Banyak Habes Bhaii.

psstt: Umi Saya Tak Jual Kueh Raya Ek, Dia Memang Suka Buat Kerepek, Kueh. =)

Monday, July 18, 2011

Nape Bising Sangat Neh?

142 comments:
Assalamualaikum.

First Sekali Nak Mintak Maaaaaappppp Bebanyak!
Sebab Semalam Tak Update, And Paling Penting,
Sorryyy Sangat Tak Pegi Serbu Blog Awak, Awak, Awak, Dan, Awak, Dan Semua Awak-Awak Yang Ada!
Semalam Memang Sibuk,
Sampai Nak Buat Auto-Post Pun Tak Sempat.

Baeklah, Hari Neh Fa Nak Share Sket Ilmu, ecehhh
Ilmu Sepanjang Lebih Kurang 10 Tahun Fa Bela Meoww.
Fa Nak Cakap Pasal,
Kenapa Tetba Kucing Kita Bising?

Oh Peringatan, Doodle Yang Ditepek Di Entry Neh Adalah Hasil Tangan Sindri,
Maka Ianya Sangat Lah Buruk. Harap Bersabar.

1. Aku Lapar La Mangkuk!
Itu Adalah Kata-Kata Yang Cuba Disampaikan Kucing Kepada Tuan Nya. Bising Sesangat, Maksud Nya Lapar Gila! Bising Halus Means Mangkuk Friskies Dah Kosong. Selain Lapar, Dia Haus Pun Dia Boleh Bising.

2. Aku Nak Berak!
Kalo Kittens Biasanya Dia Tau Tempat Ehem Dia Cuma Satu, And Bila Korang Basuh Tempat Tuh Nanti Mula La Dia Bising, Dia Pelik Mana Pegi Tandas Dia. Sebab Bau Asal Dah Hilang.

3. Aku Ngantukkk
Kucing Memang Gedik. Nak Tido Pun Kena Dodoi. Tapi Tak Lah Macam Baby. Cuma Bila Dia Nak Tido Tuh Jugak La Masa Nya Dia Nak Manja Dengan Tuan Dia. Dia Na Diusap, Dibelai Bawah Tengkuk Sampai La Berdengkur.

4. Aku Sesat!
Yang Neh Maksudnya Dia Tetba Kena Tinggal Sorang. Geng Dia Tinggalkan Dia, Or Maybe Tengah Maen Hide and Seek. So Dia Takut Maka Dia Pun Bising. Atau Pun, Dia Kena Kunci Kat Memana. Haha

5. Aku Nak Beranakkk!!
Haa Neh Pun Sama, Bising Tahap Rasa Nak Cabut Telinga Maksudnya Maybe Dia Nak Beranak. Tapi Bukan Bising Je Tanda-Tanda Dia Nak Beranak. Laen Kali Fa Cakap Pasal Tanda Kucing Nak Beranak Pulak Yea.

gamba tiada kaitan


Rasa Nya Tuh Je La Kot.
Oh Kebolehan Setiap Kucing Berbeza, Jadi Tak Semestinya Kucing Korang Akan Bising Bila Situasi-Situasi Ini Berlaku.