Pages

Reasons To Continue Writing

Friday, December 10, 2010

Azam

Aku Muncul Setahun Sekali.
Pabila Tiba Tahun Baru.
Aku Tidak Kekal.
Jarang Sekali Diingati Selamanya.
Aku Sering Berubah, Diubah Tuan Ku.
Aku Dicipta Penuh Kreativiti.
Ketika Di Awal Kelahiran Ku,
Aku Sangat Terkenal.
Namun, Tidak Berpanjangan.
Umur Aku Acapkali Singkat.
Aku Dilupakan Begitu Sahaja.
Tidak Pernah Mengecapi Umur Setahun.
Tambah Pilu, Usia Aku Hanya Bertahan Sebulan.
Mengapa?
Bagaimana?
Pantas Sungguh Manusia Melupakan Aku.
Mana Perginya Semangat Manusia Ketika Mereka Melahirkan Aku.
Beriya-Iya Mempamerkan Aku.
Gah Sungguh Aku Dijaja Sana Sini.
Cis, Semuanya Hangat Tahi Ayam.
Nak Berhenti Merokok Konon.
Tak Mahu Malas Konon.
Sudah Lah.
Aku Lebih Rela Tidak Dilahirkan.
Aku Tidak Mahu Hidup, Akhirnya Mati Awal.
Aku Lah AZAM.



Seminggu, Sebulan Kemudian....


















Kejap Je Semangat Berkobar-Kobar.
Mungkin Tak Semua Orang Macam Neh,
Tapi, Maaf Majority Macam Neh.


2 comments:

ney said...

fa,sejak bile pandai berpuitis ni~

Fathiah Hamim said...

huhu entah shieda. tiba2 dapat idea. :)