Pages

Reasons To Continue Writing

Friday, February 17, 2012

Pendapat Diperlukan

Assalamualaikum.

Awak Awakkkk.
Fa Nak Mintak Tolong Sikit Boleh? *suara mengancam ala-ala Tasha Manshahar*

Jangan Risau,
Ini Bukan Entry Mintak Tekan ChurpChurp,
Klik Nuffnang, Like Fan Page
Dan Bukan Juga Sesi Promosi Tolong Vote Gamba Nak Menang Baju Kebaya.

Ini Entry Mintak Tolong Korang Menunjukkan Kebijaksanaan Korang Dengan Memberi Pendapat.
Salah Satu Research Projek Fa Semester Neh Adalah Mengenai TV Al-Hijrah.
Dari Masa Ke Semasa,
Fa Akan Post Video Salah Satu Dokumentari TV Al-Hijrah.

Fa Tak Mintak Korang Tengok Sampai Habes,
Sebab Fa Tau Tak Semua Ada UniFi Kan?

Hari Neh Takda Video Lagi Tau.
Next Post Okay? Step By Step. Hehe

Kebetulan Pulak,
Semester Neh Penggunaan Blog Sebagai Salah Satu Medium Mencari Maklumat Adalah Diwajibkan.
Berguna Jugak Blog Neh. -__-

Segala Komen Yang Diberikan,
Sedikit Sebanyak Dapat Membantu Fa Dalam Menyiapkan Report.
Mana Tau Komen Korang Akan Muncul Dalam Penulisan Fa Nanti? Glemer Sekejap Tau!

Tapi, Sebagai Permulaan,
Hari Neh Fa Nak Mintak Pendapat Korang Mengenai TV Al Hijrah.
Please! Sepatah Dua Pun Jadi Lah.
Terima Kaseh Bebanyak!
Jasa Mu Amat Lah Dikenang.

Kalo Tak Pernah Dengaq Or Tak Pernah Tau Pasal TVAH Pun Gtau Je.
At Least Fa Boleh Tengok Populariti TVAH.
Terima Kaseh Berjuta Lemon!

psstt: kepala benjol langgar bucu meja. T_T

29 comments:

Unknown said...

xade pon video,ada gmbar je.nk komen part mane tu?keseluruhan tv alhijrah ke?..mmm tv alhijrah bagus, dan sangat-sangat bagus.cuma kalau boleh elakkan tayangan filem dari indonesia sbb dari tv1 sampai tv9 ader jeee crita dari indonesia.kalau boleh tayang filem dari negara lain la pulak..?mg tayang criter yg islamik tu bagus,tp bg la peluang kt filem dr negara lain pulak.iran ke?khazastan ke?kalau ada la..ehe

lg 1 (pndapat sy je) sy kurang gemar tgk 'ustaz' Don sbb dia nyer serban jubah tu mcm berlebih2 pulak.sbb tgk sblom masuk konti pakai kot bagai-bagai..alih2 nk bg info agama nape mesti pakai jubah serban bagai terlebih2 dr org arab plak.sb pndapat sy je if nk dakwah pakai ape pun boleh asal sopan mnutup aurat.nape tidak dia jadi je diri dia yg sbnar?if diri sbnar pon nk berlakon..pada pendapat saya..payah laaaa mcm tu sy nk ikut :) ehe
-peace NO WAR-

Jahirah said...

xdpt siaran..tp pnh la tgk sekejap kt rumah kakak.kalau dpt luaskn lagi kaw siarannya sti org2 berumur kat kg tu sokmo tgk ni..:)

Unknown said...

x ada pun videonya tp tv ni ok cuma kadang kena banyakkan lg ttg info islam yg dpt menarik anak muda utk menontonnya. Kena lg menarik dr TV3.

Unknown said...

tak pernah tengok rancangan tu.. n zuan tgk xde pun link untuk tgk video tu.. btw kalau ada kesempatan dan internet kembali laju, boleh la tolong tgk dan review..

Shida Radzuan said...

FA camne nk tgk FA...ke tgk kat tv je? pkul bape? tv bape? huhu..

M@W@R Q@SeH said...

pernah tgk al hijrah sebelum ni..rasanya citer2 yg brunsurkn keagamaan byk di tayang kan di al hijrah

.........cP~ said...

Saya rasa TV al-Hijrah ni berada di landasan yang baik dan bagus. Tapi, demi nak menarik ranking ada cerita yang tidak mendedahkan aurat jugak-cerita Korea (saya pun tengok). Pagi-pagi ada kartun, dan dokumentari yang dihidangkan ada yang menarik ada yang tak.
Cuma, kalau saya la, saya memang tak dapat nak minat cerita yang guna bahasa Arab sepenuhnya sebab saya tak faham. Huhu.
Ia sesuai dihidangkan untuk ramai orang2 lulusan sekolah agama yang baik dan alim, tapi untuk saya yang baru nak kenal2 ni, ada jugak yang saya tak dapat nak tengok. lagipun, tengok dengan anak buah yang kecik ni, kalau tayang cerita arab dia xnak tengok. jujur dan tak berilmiah ke komen saya? huhu

Azhafizah MN said...

TV al hijrah di channel 114 sangat bermanfaat dan bagus untuk tontonan family.selain ade forum,ade drama yang boleh dijadikan tauladan.bukan drama melayu je.pernah tgk juga drama jepun yang bermoral dalam TVAH ni.so far isinya sangat bagus.ilmu dan moral yang berguna

Anonymous said...

tau kewujudan tv tu tapi tak pernan nonton hehe

Karya Hati said...

pada cha TVAH sgtlah berguna kepada semua peringkat umur umat islam. Bukan saja mengandungi ceramah2 yang bermanfaat, ade jugak menyelitkan perbincangan topik terkini mengenai isu HALAL yang semakin runcing sekarang ni. ada jugak TVAH menayangkan drama berunsur dakwah. ada juga seperti sambutan maulidur rasul byk2 program menarik yg disediakn utk mengimbau kembali perjalanan rasulullah dimana cerita yang diambil dari negara lain.
Bukan saja bahasa melayu digunakan, ada juga bahasa inggeris yang memudahkan pemahaman umat sejagat :)

overall, TVAH bagus sekali! :)

Unknown said...

i think tvalhijrah ni bagus..sbb dia paparkan kisah2 agama..kalau dia tayangkan drama ke..gmbar2 yang pakai seksi ke nanti dia kaburkan..:)

9n0L4 said...

tv alhijrah, stesen tv yang boleh menyatupadukan ummah serta memupuk perpaduan masyarakat majmuk sepertimana yang dianjurkan Islam dan boleh menjadi medium untuk menyebarkan kandungan Islam ke peringkat serantau dan antarabangsa dan juga menjadikan Malaysia sebagai hub kandungan Islam.

Juge sebuah media yang merangsang dan menggerakkan ekonomi ummah mengikut acuan Islam. Saya suke rancangan Fattabiuoni, mendedahkan pade kite tentang sunnah Rasulullah yang sangat mudah & ini akan memperkenalkan kepada masyarakat majmuk yang mane Islam ni agama yang cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”. Dapatlah menangkis propaganda buruk terhadap Islam dari dalam dan luar negara.

Banyak lagi rancangan yang boleh membentuk akhlak dan moral serta peribadi mulia masyarakat terutama golongan muda dan remaja. :)

♥ sitifarhana ♥ said...

tak pnh lagi tgk stesen tv al hijrah ni...hehe

fieda said...

bagus..dapat tambah ilmu pengetahuan dlm bab2 agama..

afzalsukasuki said...

siaran umah afzal jelas.so bila due date?ni nak kena tengok la ni..tolong FA :)

Unknown said...

singgah dan terjah blog ni dr segmen...heheh

tv ni best..ntah la..xtau nk bg pendapat

b0an said...

xdpt siaran kat tb boan...kalo nak tgk kne gne tb on9 lew....so xleh komen banyk tentng tv nie...

Cik Jannah said...

takde pon vid nya?? maaflah kat umah jannah macam tak dpat jer channel al-hijrah nie. tambahan jannah tak suka tgk tv..huhuu. sorry

suzie rahman said...

salam fa, best nya..guna blog kn. menarik.. act suzie ada juga tgk channel 114 al hijarah, yang menariknya channel ni sebab ada ustaz don. suke sgt rncngan dier. :p neway hope fa berjaya dlm stdy k.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Tak pernah tgk rancangan ni...TV berapa erk..kalau kat channel ASTRo mmg tak dapat tgk koz Astro takde..

Syahmi Elias said...

dalam keadaan dunia sekarang..susah untuk mendidik orang dengan cara yang formal atau serios..apatah lagi membabitkan soal agama..tv al-hijrah pada aku bagus untuk mendekatkan umat islam dengan agama tapi haruslah disampaikan dengan cara yang santai dan tidak terlampau berat serta sesuai dengan semua golongan..selain tu kena luaskan liputan supaya semua orang dapat tonton..rumah aku pun tak de tv al-hijrah..tapi pernah tonton di tempat lain..

Unknown said...

kadang2 terbuka jugak tv alhijrah ni kat asyik.tv di fb.. tp yela, kita student ni tak sempat sgt nk tgk cerita2 semua ni.. bila ade mase betul2 lapang baru buka asyik.tv ni.. =)

cik beLLanan said...

tv alhijrah ni aku tau pun sebab ade ustad don tu. mmg bagus channel tu sbb islamic2. ada siaran in malay, in english. n arab jugak kalau tak silap. pasal rancangan Cubaan y Akhil Hay tu buat tu pun aku rse amek dr citer arab y ade disiarkan kt tv hijrah tu. lupe lak tajuk dia. tryla tgk. bru ley dpt idea :)

cik bulan said...

pada saye bgus .sbb mak suka tgk..hhaha..and mmg xkan lepas sesi ustaz don..sbb ulan ada bnyak adik kecik2 ..so..ajaran dia yg seketoi2 tu boleh la sng bebudak ni nk paham..

kita yg tgk pon seronok.

nk komen lelebih pon xleh gak..sbb xbrapa layan sgt tv..haha..peace..

naiemah_ramli said...

best TV ALHIJRAH ni...siaran 30minit bersama ustaz don plg best...hihihi ^_^

emylase. said...

Sy suka tgk al-hijrah. Banyak info yang menyentuh seluruh aspek kehidupan dalam Islam :)

zati embong said...

Fa..kak xtahulah psal tv ni tau. channel kat rumah pun x de channel ni. plus kak busy kerja, so mmg xlyan sgt tv2 nih.

anNaqia said...

tau TV Al Hijrah ni drpd fb Heliza Af kalo xslp dlu. Pastu, kalo suke tengok pun, time rancangan Ustaz Don. Yang lain-lain xtau sgt. hehe

lala yusof said...

kalu segmen hjg minggu, saya ska Assalamualaikum, rasa info+tetamu jemputan bkn calang2 org, ManJaddawajadda, LawKabainana, esp skrg dia slalu ltk kuliah sblm solat so bagus utk mereka yg tercari2 1medium ilmu yg xberbayar.TValhijrah suka panggil ilmuan agama yg kekdg tvswasta xpggl esp yg pkai jubah, so tv ni sdh lakukan 1 anjakan.