Pages

Reasons To Continue Writing

Sunday, February 26, 2012

Hikmah

Assalamualaikum.

Belum Hilang Sedih Kehilangan Abah 4 Tahun Lalu,
Kini Umi Ku Pula Pergi.
Barangkali Abah Pun Merindui Umi Dan Mengajak Umi Untuk Berjumpa Di Atas Sana InsyaAllah.

Perasaan 'Kenapa Abah Aku Yang Kena Pergi' Kini Berubah Kepada,
'Kenapa Ibu Bapa Ku Yang Pergi'.
Amat Lah Mudah Untuk Berkata,
'Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya'.

Hakikat Nya, Hanya Mereka Yang Melalui Nya Dan Allah Saja Tau Betapa Perit Untuk Menerima Dugaan Itu.
Perginya Umi Dan Abah Sangat Memberi Pengajaran Kepada Kami Semua.

Abah Meninggal Umur 47, Umi Pula 49.
Ajal Maut Tidak Mengenal Usia.

Umi Dan Abah Kedua-Dua Nya Takda Penyakit.
Ajal Maut Tidak Mengenal Sihat Atau Tidak.

Aku Tau 'La YukallifuLlahu Nafsan..illa wus`aha'
Allah Tidak Akan Memberati Hambanya Melebihi Apa Yang Dia Mampu Tanggung.
Tapi, Aku Masih Mencuba Untuk Menerima Dugaan Ini.

Kawan-Kawan Cakap,
'Kau Insan Terpilih Tiah. Allah Tau Kau Kuat, Semakin Tinggi Iman Seseorang Semakin Susah Ujian Nya. Kau Ingat Tuh. Setiap Ujian Dan Musibah Dari Allah Adalah Penghapus Dosa.'

Sedangkan Beban 4 Tahun Lalu Belum Berkurang,
Bertambah Pula Cabaran Baru.
MasyaAllah Ya Allah.

Aku Memohon Petunjuk Mu Ya Allah.
Aku Memohon Kau Berikan Lah Tenaga Kepada Ku Ya Allah.
Sesungguhnya Ujian Ini Amat Berat Ya Allah.
Jika Benar Aku Mampu Laluinya,
Bantu Lah Aku Ya Allah.

Aku Tau Aku Mesti Meredhai Pemergian Umi.
Aku Minta Maaf Ya Allah.
Aku Perlukan Masa Ya Allah.

Al-Fatihah.

36 comments:

Liyana Anuar said...

Takziah..

Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..please be strong..

Cik tikah said...

kalau mak ayah cik tikah pun pergi, tak dapat cik tikah bayangkan. sabar yer fa. Allah tahu segala-galanya..

Just Mini Love said...

salam.. takziah... sbar ye fa..
iza tau ape yg fa rasa.. sebb iza pun penah khilangan ayah ...:'(


al-fatihah..

Syamimi Hazirah said...

Salam takziah. Al-Fatihah.

Unknown said...

Takziah... Al-Fatihah... Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...
Banyakkan berdoa kepada Allah...

Alif Haris said...

alfatihah . takziah..
be strong k fa .

.........cP~ said...

Takziah...Semoga terus bersemangat untuk menjalani hari mendatang..

faaizz d. zul said...

salam takziah.

semoga roh mereka dicucuri rahmat.
insyaAllah, bekalan pahala utk mereka tak berhenti mengalir kerana kamu.

al-fatihah.

Haza Zarif said...

takziah shifa. semoga roh abah dan umi syifa dicucuri rahmat. sabar ye sayang. insyaAllah, kawan2 sentiasa ada disisi. be strong oke. :)

Unknown said...

al-fatihah... be strong, be stronger :)

Unknown said...

takziah fa....sabar ye...strong!

ZWAN SABRI said...

Sayu bila baca entry ni.. btw, betoi cakap kawan FA.. FA insan terpilih sebab Alah taw FA seorang yang tabah.. klaw Zwan kat tempat FA, Mungkin Zwan tak akan setabah FA.. Banyakkan bersabar ye FA..

Anisa Anuar said...

takziah dari saya...kuat kan hati,...
al-fatihah kita sedekah

semutsengal said...

matikan pasti, mcmana kita jaga sekali pun, klau ia dah datang. Sapa mampu mengelak ?


takziah.

Arra Ahmad said...

takziah..sabar byk2

Akunyer said...

kullu nafsin zaaiqatul maut... harap kuat dan tabah...

al-fatihah...

Shida Radzuan said...

kuatkan semngat FA walaupn kak tahu susah tuk kite terima tp pcayalah mgkin allah lebih sygkn umi FA,

ish..sudahla kak rasa sedih huhu.
FA kuat tau!

::ct luna:: said...

sabar fa....kuatkan smgt :)
kite yg hidup ni teruskn kehidupan kite...berdoa la utk parent fa agar tenang di sana :)

cik beLLanan said...

takde lagi kata aku nak tambah ntuk wat kau tabah. u know urself better. i love u ! Alfatihah.

emylase. said...

takziah kak fa. semoga kak fa kuat utk tempuhi dugaan ini, be strong kak fa.

FR said...

touched ;(
sabarlah ya Fa.
moga dikuatkan hati Fa.
be strong!

Cik Tetra said...

takziah ye...huhu..tak dpt bygkan kalau kedua2 parents da takde..mesti sedih..huhu..btw i hope awk kuatkan semangat.. :)

Yana Halim said...

sabar ye Fa.....kuatkan semangat. Allah lebih menyayangi mereka berdua...

Azhafizah MN said...

Fiza tahu fa juga kuat hadapi nya.ada hikmahnya fa..jika mereka pergi dulu,biarlah kita tanggung.Tapi kalau kita pergi dulu,pasti mereka sangat terseksa.Setiap yang berlaku ada hikmahnya fa..doakan roh mereka tenang di sana..al-fatihah...

Anif Abdullah| AA said...

salam takziah. moga terus cekal menempuhi hari yg mendatang..

♥ sitifarhana ♥ said...

takziah ye..moga mereka berada dlm golongan org2 yang beriman..alfatihah..

Anonymous said...

takziah fa.fa tabahkan diri.mas pun terasa sedih pe fa alami gak ni..kalau lah mas tempat fa pun,mas pun akan rasa macam fa rasa.

banyak2kn bersabar..smga rohnya dccrhi rhmat & ditmptkn brsama golongan org2 briman.amin.

al-fatihah.

Unknown said...

takziah fa.. moga fa tabah menghadapi segalanya..

Unknown said...

takziah fa.. moga fa tabah menghadapi segalanya..

yusuflaili(Goku) said...

salam;
sebagai sahabat tiada lain yang dapat hanya Takziah dan Al-Fatihah buat arwah dan awak sekeluaga.

Syazana Zainn said...

salam takziah dr schaze

semoga fa cepat bangkit dan tabah mengharungi dugaan dan ujian yg diberikan oleh Allah.

fa kene banyakkan bersabar dan berdoa semoga arwah mak fa tenang di sana

AQ Eyfa said...

Al-Fatihah.Takziah. Moga rohnya damai di alam sana bersama mereka yg beriman.amin

Pamie said...

takziah fa..semoga tabah..semoga roh arwah ayah dan ibu fa ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

al-fatihah.

Mr.Trollulz said...

Takziah. Banyakkan sedekah fatihah buat mak ayah kamu. May Allah bless them. Amin. :)

YouSOF said...

Tiba masa semua orang pun akan rasa pengalaman tu.. Kami doakan Fa terus kuat..

kim said...

Salam takziah dari saya. Benar kehilangan memang perit. Saya pun pernah merasakan nya.walaupun dah 3 tahun, tapi masih terasa sampai sekarang