Pages

Reasons To Continue Writing

Tuesday, January 17, 2012

Zihar: Jaga Percakapan Antara Suami Isteri

Assalamualaikum.

Fa Belajar Pasal Benda Neh Dalam Subjek Fa Amek Ari Tuh.
Dah Lama Dok Simpan Dalam Deraf,
Baru Neh Sempat Post.

Korang Tau Pasal Hukum Zihar?
Kalo Dah Tau, Bagus Lah.
Kalo Tak Tau, Harap Entry Neh Dapat Bagi Info Baru Kat Korang.
Ke Memang Suma Dah Tau, Fa Sorang Je Tak Tau?? T_T

Rasa Macam Selalu Kita Dengar Kat DRAMA Suami Cakap Kat Isteri,

" Badan You Neh Macam Mak I Lah, Ramping. "

Atau Isteri Cakap Kat Suami,

" Tough La Body You, Macam Daddy I. "

Tahukah Anda Satu Masa Dulu,
Kalo Dialog Macam Tuh Muncul Dalam Kalangan Suami Isteri,
Pernikahan Mereka Dijatuhkan Hukum HARAM?

Kenapa Haram?
Sebab Seolah-Olah, Bila Suami Cakap Macam Tuh,
Dia Akan Terbayang Mak Nya Bila Bila Lihat Isteri.
So Anak Dengan Mak Kan Tak Leh Nikah?
Sebab Tuh Jadi Haram.
Sama Lah Jugak Untuk Isteri.

Mangsa Pertama Zihar Neh Adalah,
Khawlah bt Thalabah & Aws b Samit.
Aws Secara Tidak Sengaja Telah Melafazkan Kata-Kata Seperti Di Atas Kepada Khawlah.
Khawlah Pegi Jumpa Dengan Rasullullah S.A.W. Untuk Mintak Tolong,
Suami Dia Tak Nak Ceraikan Dia.
Mereka Still Sayang Each Other.

Turun Lah Wahyu Dalam Surah Al Mujadalah.
Fa Summarize Kan Maksud:

Zihar Tak Haram Dalam Syariah Islam. Tapi Kalo Ada Terjadi Percakapan Macam Tuh,
Maka Kena Bayar Kafarah "

Kafarah Tuh Denda Buat Salah Satu Dari Tiga Neh:
1. Bebas Kan Seorang Hamba
2. Puasa 2 Bulan Sederet
3. Memberi Makan Kepada Fakir

So, Kiranya Sekarang Tak Haram.
Tapi, Kena Bayar Kafarah.
Jangan Ingat Bila Tak Haram,
Boleh Buat Jugak.
Ingat Senang Ke Nak Bayar Kafarah? Huhu
Sebab Selagi Tak Bayar Kafarah,
Selagi Tuh Tak Leh 'Bermesra' Antara Suami Isteri.
[SUMBER]

Berhati-Hati Lah Dalam Bertutur Yea!
Nak Gurau-Gurau Pun Berpada-Pada Tau.

11 comments:

khairul akmal bin azman said...

hai..baru kay taw.
pandai gak bab agama ek..
sorry kay jarang update..
mmber update kan..

Azhafizah[フィザ] said...

percakapan antara suami isteri memang perlu dititik beratkan seupaya tak timbul perselisihan paham.kdg2 walau bende tu kecik,boleh buat gaduh dan timbullah percakapan macam kat atas ni.good info fa ^__^

Hanif Idrus said...

Betul!!! aku memang dah tahu masa kursus kahwin dulu..ehhehehe

Pendek kata jangan membandingkan isteri/suami dengan mak bapak kita...

diana said...

paham ustazah...
hhehe

ezzaty said...

betul..hati-hati dlam bercakap.lafaz cerai pon kne hati-hati jugak :\

~Filzati Zulkepli~ said...

btul tu, even skdr nak bergurau pun tak boleh. thanks fa, dh lama belajar psl zihar ni tp byk dh lupa :)

nini said...

yerp....tak leh samakan husband atau wife dengan parents kita...=D

nifi2408 said...

Rasanya ada kesilapan kat sini. Yang tak dibenarkan ialah membandingkan apa apa yang berkaitan dengan tubuh badan suami/isteri dengan tubuh badan ibu/bapa. Contohnya, "belakang you ni macam belakang mak i laa." Kalau perangai, takde masalah pun. Cuba rujuk balik kepada yang lebih berpengalaman. :)

nifi2408 said...

Berdasarkan sumber yang dah disertakan tu pun jelas. Cuba baca balik betul betul. Diharap dapat perbetulkan yea :)

nifi2408 said...

Takpe sis. Semua orang buat silap. :) Good luck in blogging. :)

eiela said...

yup, mana bleh bandingkan isteri dengan yg lain.