Pages

Reasons To Continue Writing

Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Friday, February 10, 2012

Thursday, January 19, 2012

Nak Nyot Nyot Je Tau

19 comments:
Assalamualaikum.

Cisdale Betul Mamat Neh!
Tau Nak Nyot Nyot Je Bila Jumpa.
Macam Kita Neh Tempat Lepaskan Nafsu Dia.
Apa Ingat Dia Macam Hariz Dalam Ombak Rindu Ke Nak Lepaskan Nafsu Dekat Izzah?
Melampau Sungguh.
Naek Menyampah Rasa.

Bila Kita Tolak, Dia Merengek, Membebel.
Bising Tah Apa Dia Merapu Pun Fa Tak Paham.
Haishh Tapi Kalo Dah Sayang Punya Pasal,
Demi Cinta Sanggup Ku Gadaikan Baju Kesayangan Ku.
Heh? Baju? Apa Pulak Neh?

Apa La Yang Korang Dok Pk Dari Tadi Agaknya Kan?
Sila Sucikan Otak Anda! :D






Sebenornya, Kucing Fa Neh Haaa.
Dia Ada Tabiat Buruk Sket,
Bila Dia Ngantok Je,
Dia Cari Orang.
Kalo Takat Cari Pastu Mintak Kita Belai Bagi Stim Takpe Jugak.
Tapi Dia Nak Nyot Nyot Baju Orang. -_____-

Serious Wo!
Dia Nyot Nyot Ala-Ala Dia Isap Susu Mummy Dia.
Mentang-Mentang La Anak Pungut,
Yatim Piatu,
Pelik Betul Perangai.

Bila Kita Tak Bagi Nyot Nyot,
Nanti Dia Mogok Tak Nak Tido,
Takpun Bila Kita Dukung, Dia Mengaum Merengek Tanda Protes La Konon.

Fa Punya Baju Peberet Dah Jadi Bantal Busuk Dia.
Tak Berbasuh Baju Tuh, Sebab Nanti Hilang Bau.
Dia Memilih Baju Tau!
Bukan Semua Baju Dia Bedal. -___-

Naseb Baek Lah Comel.....

Sunday, January 15, 2012

Ada Apa Dengan Zuma Deluxe?

24 comments:
Assalamualaikum.

Woottsss Alhamdulillahh.
Selesai Sudah Finals Fa.
Tadi Lepas Exam, Dalam Kul 12 Pemili Datang Amek.
Terus Start Cuti Dengan Berjalan Jalan Di KL Festival City.
Ramai Juga Orang, Nak Raya Cina Kan.

Anyways, Korang Tau Tak Game Zuma Deluxe?
Game Yang Ada Katak Puru Tak Comel Tuh. :D

Umi Fa Malam-Malam Sebelum Tido,
Dia Suka Maen Game Kat PC.
Kat Laptop Tak Puas Katanya, Tak Cukup Besar.
Dia Maen Game Bejeweled, Solitare Dan Juga Zuma.
Selalu Bila Umi Maen Zuma,
Mesti Ada Orang Teman,
Konon Nya Nak Tolong Umi Shoot Benda Tuh Tepat Sket. -___-

Neh La Dia Yang Selalu 'Teman' Umi Maen
usha usha je dulu
serangg
Nama Dia Jane.
Jane Neh Pelik.
Kucing Fa Suma Pun Pelik Sebenarnya.
Tapi Dia neh Laen Macam Sket.

Dia Tak Minat Ikan.
Dia HANTU DAGING.
Takpe Tak Pelik Lagi.
Dia SUKA ICING KEK.
Dia Suka Kuih Muih.
Dia Suka Kelapa Parut.
Banyak Lagi Benda Laen Yang Dia Suka,
Tapi Kucing Normal Tak Suka.

tiramisu SECRET RECIPE okay. huh demand
Fa Rasa Kucing Bela Kat Rumah Memang Pelik Pelik La.
Kucing Kat Pet Shop Biasa Je Nengok. :P

Friday, January 13, 2012

Kenapa Singa Betina?

16 comments:
Assalamualaikum.

Pernah Tak Korang Dengar Frasa Neh?

" Huishh Garang Nya! Macam Singa Betina! "

Tak Pernah Dengaq Tuh Memang Dusta La Kot.
Fa Musykil La Kenapa Singa Betina?
Kenapa Bukan Macam Singa Je?
Kalo Nampak Singa Sape Yang Tak Ketaq Lutut Kot?
macam tak garang je? :P
Tapi, Sebenarnya Fa Bukan Nak Persoal Pasal Kenapa Tak Panggil Singa Je.
Fa Cuma Nak Gtau,
Nak Ikutkan, Tak Perlu Nak Sebut Garang Macam Singa Betina,
Cakap Garang Macam KUCING BETINA Pun Boleh!

Serious Kucng Tino Neh Garang.
Nak Tambah Power Kegarangan,
Kucing Tuh Bunting.
Haa Memang Tahap Maksima La Hangin Dia Tuh.
mak buyung, sowhite
Kan Kucing Fa Tengah Bunting?
Ya Allah Dia Kalo Tak Preggy Pun Pantang Nampak Kucing Luar Tumpang Berteduh Kat Rumah.
Bila Dah Berbadan Dua, Melampau Lampau Marah Nya.
Walaupun Kucing Tuh Jauh Lagi Dari Dia, Bulu Dia Dah Mula Mengembang, Nak Melenting La Tandanya.

Dia Marah Kat Kucing Luar Takpe Lagi,
Masalahnya, Kesian Black Yang Fa Pungut Kat UIA Ari Tuh.
Si Budak Tuh Dah La Kecik Lagi,
Lalu Je Sebelah Si Bunting, Mesti Kena Tampar.
anak pungut, black
Yang Si Kontot Neh Pun Satu,
Nakal, Dah Tahu Orang Tuh Tak Suka Dia,
Makin Dia Kacau Nya Mak Buyong Tuh.
Dia Pegi Maen Ekor La, Tepuk Tangan La.
Aiii Macam Macam.

psst: Seronok jugak jadik kucing, sukati je tampar kucing laen. :D

Friday, December 23, 2011

Mengandung Tiga Kali Dalam Setahun Setengah

22 comments:
Assalamualaikum.

Dasyat Sungguh Makhluk Neh.
Bukan Biasa Mengandung Sekali 9 Bulan Ke?
Kesian, Mesti Ada Gugur Kan.
Ke Terpaksa Gugur? Haaaaa

Siapa Yang Mengandung Tiga Kali Tuh?

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
TERUSKAN SCROLL PLEASE!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
Hehehehehe Kucing Fa La Yang Mengandung.
Atau Istilah Tepat Untuk Binatang Adalah Bunting.
Kucing Fa Kat Atas Neh Yang Bernama Sowhite Pregnant Lagi!
Dah Masuk Tiga Kali,
Padahal Umur Baru 2 Tahun. Hehe

Oh Kucing Fa Takda Gugur Pun.
Kucing Pregnant Paling Lama 3 Bulan Setengah Macam Tuh.
Kalo Ikutkan, Neh Durasi Paling Lama Dia Tak Bunting Balek Lepas Dah Beranak.
Kucing Bukan Ada Masa Berpantang Pun. :P

Fa Ternampak Dia 'Kawen' Dengan Kucing Bulu Kembang.
Yeay! Mintak-Mintak La Dapat Kucing Macam Teddy Bear! :D

Sorry Kalo Tajuk Tuh Macam Deceiving Sangat!
Tengok Orang Laen Buat Selamba Je. :P

Saturday, November 26, 2011

Tergoda I Tau!

23 comments:
Assalamualaikum.

Ngeh Ngeh Ngeh
Jangan Risau, Ini Entry Yang Berunsurkan KeComelan Saje.
Sebenarnya Fa,

TERGODA TENGOK KUCING FA TIDO

Serious. Kalo Tengok Dia Tido,
Perghh Panjang Habes Badan Tuh.
Macam Legaaa Je.
Kalo Tengok Dia Tido,
Mesti Terasa Nak Tido Jugak Sambil Peluk Dia.
Pastu Buat Lah Apa Pun Kat Dia,
Langsung Takda Effect Pape.
Nak Bukti? Jeng Jeng Jeng

Yang Last Neh Mata Dia Terbukak Sebab Kitorang Usap2 Dia.
Tapi, Dia Still Sambung Tido Pastu.
Amacam Tergoda Tak? Hehe

Kawan Fa Cakap, Kucing Tido Ikut Tuan Dia. Tidak!!!!
psstt: Auto Postt. Sekarang Tengah Team Building Camp Kat Ulu Yam

Tuesday, November 8, 2011

Dino, Idup Lah Balek

30 comments:
Assalamualaikum.

Seharian Air Mata Ku Bertitisan.
Seharian Ku Menahan.
Seharian Mata Ku Bergenang.
Seharian Ku Mengenang.

Dino,
Kau Lah Pewarna,
Ketika Kami Gundah Gulana.
Kau Lah Pencerah,
Ketika Kami Parah.

Kami Memohon Maaf,
Atas Segala Khilaf,
Kami Menyayangi Mu,
Kami Merindui Mu.

Dino,
Wawa Rindu Dino.

Dino,
Wawa Sayang Dino.

Dino,
Siapa Nak Teman Wawa Tido Memalam.

Dino,
Idup Lah Balek!
DINO, April-November 2011
p/s: Wawa Nama Panggilan Fa Di Rumah

Mata Sudah Bengkak. :'(

Friday, October 7, 2011

1,2,3,4,5,6,7,8!

23 comments:
Assalamualaikum.

Ada Dua Kucing Fa Baru Beranak Around Bulan Lepas.
Masing-Masing Melepaskan Bom Sebanyak 4 Ekor.
Menjadikan Kesuluruhan 8 Ekor.

Malangnya,
Salah Sorang Ibu Telah Menghilangkan Diri.
Disyaki Di Hantar Ke Pasar Oleh Jiran Kami Yang Buang Tebiat Nak Mampos Agaknya.
Bukan Disyaki Sebenarnya, Lebih Tepat, Telah Dikenalpasti Pun. *dah konpem la*

Menjadikan 4 Ekor Anak Kucing Kehilangan Ibu Di Saat Mereka Masih Memerlukan Susu Ibu Untuk Tumbesaran Tulang.

Ada Sejenis Makanan Kucing Neh Diberikan Kepada Ibu Yang Lagi Sorang.
Makanan Neh Khas Untuk Memupuk Kasih Sayang Kepada Anak-Anak.
Dengan Harapan Dia Boleh Tolong Susu Kan Lagi 4 Ekor.
Alhamdulillah. Makanan Itu Berkesan, Dan Kesemua 8 Ekor Dapat Merasai Nikmat Susu Ibu.

Sekian Laporan Dari Buletin Kucing Fathiah.

sibuk betul nak amek gambo aku
**auto-post

Friday, September 16, 2011

Alahai Jiran

35 comments:
Assalamualaikum.

Boleh Ke Fathiah Hamim Berhenti Blogging?
Huhu Tunggu Sampai Idea Yang Fa Simpan Dalam Draft Neh Suma Di Publish,
Baru Boleh Berhenti La Kot.

Bagi Yang Tak Tau,
Fa Ada Jiran Sebelah Yang Gila.
Kenapa Gila?
Cukur Bulu Kucing, Tak Puasa, Memekak Dan Banyak Lagi Kes Yang Menjurus Kepada Gila.
Banyak Jugak Fa Dah Share Kat Sini.

Hari Neh Nak Cerita Lagi.
Fa Rasa Jiran Fa Neh Geng PetKnode.
Mungkin Dah Lapok Sket Isu Petknode,
Tapi Isu Tak Bagi Kucing Makan Tuh.

Berbalek Kepada Jiran Fa,
Kucing Diorang Jaga,
Tak Pernah Bagi Makan.
Kurus Keding Kucing-Kucing Tuh!
Mujur Lah Kucing Tuh Tak Malu Mintak Makan Kat Umah Kami.

Tapi, Maap La Saya Pun Ada Kucing Saya Jugak.
Kucing Saya Suma Garang, Diorang Tak Minat Sangat Pendatang Asing Neh.
Jadi Bukan Selalu La Kucing-Kucing Luar Dapat Makan Banyak Dari Kami.
Sebab Bukan Kami Yang Halau, Tapi Kucing Kami Yang Hambat Mereka.

Jadi, Seperti Fa Dah Gtau Banyak Kali,
Kucing Neh Bintang Kesayangan Rasul Junjungan Tau,
Cuba Lah Aniaya,
Tengok Lah Nanti Apa Jadi Kat Korang.

Bagi Yang Tertanya-Tanya,
Yeap Fa Kena Denggi.
Tapi Dah Beransur Pulih.

Incik Bobo Kalo Bela Kucing, Jaga Betul-Betul Tau! *tetba je*

Friday, August 26, 2011

Kerana Doktor Itu!

68 comments:
Assalamualaikum.

Pernah Bawak Haiwan Pegi Klinik Jumpa Vet Tak?
Fa Pernah.
Banyak Kali.
Tapi,
Tiap-Tiap Kali Bawak Mesti Haiwan Tuh Mati Lepas Tuh.

Dari Zaman Bela Arnab,
Sampai Sekarang Bela Kucing,
Tak Pernah Diorang Dapat Hidup Even Sehari Lepas Jumpa Vet.
So Tak Pasal-Pasal,
Kami Sekeluarga Officially Benci Pegi Klinik Haiwan. Fobia!

Nak Dijadikan Cerita,
Kitten Fa Sakit. Teruk.
Pi Kedai Haiwan, Eksplen Sket Kenapa Dengan Kitten Fa.
Oh Nama Kitten Neh Dino Okay.
Lepas Dah Pumpang Pumpang Cakap Kat Orang Tuh,
Dia Suruh Bawak Pi Jumpa Vet.
Sebab Macam Dah Serius Je Bunyik.
sakit :(
Maka Kami Pun Cakap La Kami Fobia.
Dia Tanya Pi Klinik Mana?
Cakap La Taman Tun, (Area Rumah Fa)
Tau Dia Cakap Apa?

" Haiya! Itu Doktor Manyak Teruk! Saya Ada Bawak Kucing Pigi Sana, Terus Buta Wo! Salah Bagi Ubat! You Jangan Pigi Sana Lagi! You Pigi Sini (bagi kad klinik) "

Cessss Tak Guna Betul!
Macam Mana La Kau Boleh Jadi Doktor??
Orang Jaga Kedai Haiwan Pun Lagi Terer Dari Kau.
Tak Pasal Ada Dekat 5 Ekor Rasanya Mati Sebab Kau. Grrrr!!!!
gamba goyang. maaf
Oh Berbalek Kepada Dino.
Semalam Pegi La Ke Klinik Baru.
Kesian! Vet Masukkan Air Pakai Drip Kat Dino,
Gelembung Kat Perut Dia Jadi Nya.
Lepas Masuk Air, Kena Sumbat Dua Bijik Pil Lagi.

Sedehhh. Dah La Lembik Je Dino.
Meronta-ronta Dia Sakit. T___T
Dino Neh Yang Paling Nakal Dalam Suma.
Sunyi Sangat Rasa Bila Dia Sakit.
nakal betul time neh. dah puas meroyan, membuta
Dino Cepat Lah Sihattt.
Kata Nak Rayaaaa. :(

psstt: Mekaseh Abah Khalisha! Esok Saya Ada Surprise Yea!

Saturday, July 30, 2011

Awak, Tolong La Paham

78 comments:
Assalamualaikum.

Terharu Pulak Bila Kak Diana Dengan Kak Wanie Tanya,
"Tak Update Blog Ke?"
Terima Kaseh Sangat Menunggu Update Dari Saya,
Nah 2 Hengget. =P

Siapa Yang Tak Paham Cakap Fa Neh Ek?
Sebenarnya Fa Nak Cakap Pasal,
Kucing Jalanan

Sebagai Hantu Kucing,
Adalah Normal Bagi Kami Untuk Menegur Kucing-Kucing Terbiar.
Tapi Yang Sedeh Nya,
Kucing-Kucing Neh Tak Friendly La.
Dia Macam Fobia Dengan Manusia.
Kesian Dia, Agak Nya Asyik Kena Buli Je Kot.


Contoh Situasi:
1. Ada Anak Kucing Atas Bumbung Rumah Jiran Fa, Kesian Dia. Kitorang Nak Tolong, Tapi.... Dia Lari Bila Nampak Manusia. -_________- Naseb Baek Ada Tempat Teduh Bila Ujan.


2. Keluar Makan. Pastu Ada Sekor Neh Tengok Dia Dok Kibai-Kibai Kepala, Tangan Asyik Lap Mulut, Rupanya Ada Tulang. Lama Jugak Tersekat Tulang Tuh Kat Gigi Dia. Nak Cuba Tolong, Kita Baru Jalan Setapak, Dia Dah Beribu Tapak Lari.

3. Anak Kucing Jatuh Dalam Longkang. Mak Dia Tengah Nak Pindah Rumah, Sekali Angkut Yang Satu Neh, Terjatuh Pulak Dalam Longkang! Agak Dalam Pulak Tuh. Tapi Mak Dia Marah Orang Nak Tolong Amek. Sampai La Besar Budak Tuh Hidup Dalam Longkang.

Kesian Tau Kucing-Kucing Terbiar Neh.
Pernah Sampai Fa Berdoa

" Ya Allah, Kau Berikan Lah Petunjuk Kepada Kucing Tuh Supaya Dia Tau Yang Kami Nak Tolong Dia, Bukan Nak Cedera Kan Dia. "

Fa Harap Sangat Kat Kawan-Kawan Yang Tak Suka Kucing, Jangan Lah Buli Dia. Biar Kan Je Dia Pun Lebih Bagus Daripada Dok Sepak-Sepak Dia.
Ish Kejam La Tengok Orang Dera Kucing.
Nak Nanges...

Oh Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

psstt: Harap Maaf Doodle Sangat Buruk, Saya Kekurangan Tenaga.

Friday, July 22, 2011

Mana Mak Bidan Nehh

65 comments:
Assalamualaikum.

Dah Dua Hari Tulis Entry Agak Serius. ecehh
Hari Neh Jom Cakap Pasal Kucing Nak? Jom La Jom La!
Hari Tuh Kat Entry Neh Fa Ada Cakap Nak Share Pasal Kucing Beranak.
So Here It Is,
Tanda Kucing Nak Beranak

Peringatan Neh Berdasarkan Kucing-Kucing Saya Sahaja.
Fa Tak Pasti Kucing Laen Macam Mana. Hehe

2-3 Bulan Sebelum Beranak,
Dia Mula Hangin Je. Semua Kucing Dia Nak Bantai. Patutnya Kalo Manusia Mengandung Bukan Cakap Macam Singa Betina, Tapi Macam Kucing Betina.

2-3 Minggu Sebelum Beranak,
Dia Akan Mula Selongkar Almari, Tempat-Tempat Tersembunyi Untuk Port Dia Nak Beranak.

2-3 Jam Sebelum Beranak,
Dia Akan Geget Tengkuk Kucing Laen, Macam Practice Dukung Baby. Sebab Kucing Angkat Anak Dia Dengan Geget Tengkuk.

2-3 Minit Sebelum Beranak,
Dia Mula Bising. Mula Tak Tentu Arah.

2-3 Saat Sebelum Beranak,
Dia Hilang. Kalo Dia Selesa Dengan Tempat Beranak Yang Disediakan, Baru Lah Dia Beranak Kat Situ. Kalo Tak, Tunggu Je La Bunyi Anak Kucing Supaya Boleh Cari.

kucing pun mahu bantal

Monday, July 18, 2011

Nape Bising Sangat Neh?

141 comments:
Assalamualaikum.

First Sekali Nak Mintak Maaaaaappppp Bebanyak!
Sebab Semalam Tak Update, And Paling Penting,
Sorryyy Sangat Tak Pegi Serbu Blog Awak, Awak, Awak, Dan, Awak, Dan Semua Awak-Awak Yang Ada!
Semalam Memang Sibuk,
Sampai Nak Buat Auto-Post Pun Tak Sempat.

Baeklah, Hari Neh Fa Nak Share Sket Ilmu, ecehhh
Ilmu Sepanjang Lebih Kurang 10 Tahun Fa Bela Meoww.
Fa Nak Cakap Pasal,
Kenapa Tetba Kucing Kita Bising?

Oh Peringatan, Doodle Yang Ditepek Di Entry Neh Adalah Hasil Tangan Sindri,
Maka Ianya Sangat Lah Buruk. Harap Bersabar.

1. Aku Lapar La Mangkuk!
Itu Adalah Kata-Kata Yang Cuba Disampaikan Kucing Kepada Tuan Nya. Bising Sesangat, Maksud Nya Lapar Gila! Bising Halus Means Mangkuk Friskies Dah Kosong. Selain Lapar, Dia Haus Pun Dia Boleh Bising.

2. Aku Nak Berak!
Kalo Kittens Biasanya Dia Tau Tempat Ehem Dia Cuma Satu, And Bila Korang Basuh Tempat Tuh Nanti Mula La Dia Bising, Dia Pelik Mana Pegi Tandas Dia. Sebab Bau Asal Dah Hilang.

3. Aku Ngantukkk
Kucing Memang Gedik. Nak Tido Pun Kena Dodoi. Tapi Tak Lah Macam Baby. Cuma Bila Dia Nak Tido Tuh Jugak La Masa Nya Dia Nak Manja Dengan Tuan Dia. Dia Na Diusap, Dibelai Bawah Tengkuk Sampai La Berdengkur.

4. Aku Sesat!
Yang Neh Maksudnya Dia Tetba Kena Tinggal Sorang. Geng Dia Tinggalkan Dia, Or Maybe Tengah Maen Hide and Seek. So Dia Takut Maka Dia Pun Bising. Atau Pun, Dia Kena Kunci Kat Memana. Haha

5. Aku Nak Beranakkk!!
Haa Neh Pun Sama, Bising Tahap Rasa Nak Cabut Telinga Maksudnya Maybe Dia Nak Beranak. Tapi Bukan Bising Je Tanda-Tanda Dia Nak Beranak. Laen Kali Fa Cakap Pasal Tanda Kucing Nak Beranak Pulak Yea.

gamba tiada kaitan


Rasa Nya Tuh Je La Kot.
Oh Kebolehan Setiap Kucing Berbeza, Jadi Tak Semestinya Kucing Korang Akan Bising Bila Situasi-Situasi Ini Berlaku.


Thursday, July 14, 2011

Oi Bau Apa Neh?

129 comments:
Assalamualaikum.

Nampaknya Isu Semalam Ada Pihak Tak Berpuas Hati,
Kalo Anonymous Nak Tengok Jawapan Saya,
Sila Baca Di Ruangan Komen Entry Tuh Yea.

Anyways, Rasa Macam Dah Lama Tak Buat Entry BerMaklumat. :D
Jadi Murid-Murid,
Tajuk Kita Ari Neh Adalah,
Kentut!

1. Kenapa Kentut Busuk?
Sebab Dalam Kentut Ada Sulfur. Jadi Untuk Minimizekan Bau Busuk Tuh, Kurangkan Makan Sayur Cauliflower, Telur Dengan Daging.

2. Bahaya Ke Tahan Kentut?
Korang Rasa? Sebenarnya Tak Bahaya Pun. Paling Teruk Kalo Tahan Korang Sakit Perut Je.

3. Sape Kentut Lagi Manyak?
Laki Ke Pompuan Asalkan Dia Manusia, Dia Kentut Sama Banyak. So Tak Yah La Nak Ewww Eww Sangat Kalo Kawan Terkentut Depan Korang Ek. Nganjing Je La Pas Tuh. :P

4. Apa Jadi Kalo SENGAJA Kentut?
Eh Memang Boleh Disengajakan, Tapi Akibatnya. Boleh Menyebabkan Fire! Baju Or Seluar Korang Boleh Terbakar.

5. Apa Jadi Kalo Asyik Bau?
Tak Mati Pun Kalo Banyak Bau Kentut Neh. Paling Teruk Pun Pening. Tapi Kalo Dalam Lif, Or Tempat Kecik Takda Udara, Boleh Mati Lemas La Jugak.

6. Kenapa KUCING Kentut Busuk Gila?
Sebab Dia Makan Banyak Protein, Macam Ikan Jadi, Terhasil La Bau Yang Kebabom! Dia Kentut Tak Bunyi, Tapi Tiba-Tiba Je Korang Loya. Serious Wo, Busuk Gila!

LEGA NAMPAK



Monday, July 11, 2011

Durian Dan Kucing

134 comments:
Assalamualaikum.

Korang Dah Mula Bosan Ke Fa Asyik Cakap Pasal Meow Neh?
Kali Neh Bukan Pasal Meow Sangat.
Cuma Pasal Raja Buah Kita.

Maybe Ramai Dah Tahu Pasal Kewujudan Durian Kucing Tidur, Kan?
Tapi Fa Gedik Jugak Nak Cerita Kat Korang Pasal Salah Satu Jenis Durian Neh.
Bentuk Dia Macam Neh,


Ada Gaya Tak?


Maybe Tak Nampak Sangat La.
Pedulik Hape, Janji Korang Paham Sudeh.

Ari Tuh Abang Fa Pegi Wedding Kat Raub,
Umi Kirim La Derian, Malangnya Tak Banyak Pulak.
Dah Penghujung Jalan Kampung Baru La Jumpa.
And Sekali Jumpa Durian Jenis Neh.

Perghh Kuning Gila.
Manis Menyengat Tau!
Haa Amacam Terliur??
Sodap Amat Deh.
Maka Lepas Lahap 5-6 Ulas Mula La Tekak Berperisa Durian,
Sendawa Pulak Ala-Ala Shisha Perasa Durian. *eh gua tak bershisha okay!*

Jadi Mesti Lah Amalkan Petua Orang Tua,
Minum Air Kosong Dari Kulit Durian Untuk Ilangkan Kesan Durian Kat Tekak.

Berkesan La Jugak.
Ilang Sket Flavour Nya. :P