Pages

Reasons To Continue Writing

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Benda Gila Orang Buat Dengan Makanan

20 comments:
Assalamualaikum.

Semalam Dok Maen-Maen Dengan Brader Google,
Keyword Dok Cari,
'Crazy Things People Do To....'
So Hari Neh Nak Share Pasal,
Benda Pelik Orang Buat Dengan Makanan.

1. Chocolate Massage
Dia Cairkan Cokelat, Pastu Sapu Kat Muka.
Katanya Ada Effect Antioxidant.
Tak Cukup Kat Muka,
Badan Pun Dia Urut Dengan Cokelat, Cocoa, Selama 75 Mins.
Ergh Melekit Nyaaa.
yummy sedap jugak jilat ni :D
2. Acara Baling Tomato
Juara Euro 2012, Spain Ada Cara Tersendiri Untuk Sambut Festival Diorang.
Setiap Tahun, Dari 1944 Diorang Akan Baling Tomata Secara Besar-Besaran,
Bagi Menyambut Salah Satu Perayaan Diorang.
balingggg!!!!
3. Mandi Dalam Baked Beans
MasyaAllah. Tebiat Nya Lah.
Fa Tak Suka Baked Beans Neh,
So Makin La Tak Setuju Dengan Aktiviti Ini.

dah macam jenazah pun ada. -__-
Amacam? Mau Cuba Yang Mana Satu?
[SUMBER]



Monday, June 11, 2012

Adventure: Baseball

24 comments:
Assalamualaikum.

Cuti Sem Ni Fa Ada Banyak Plan.
Salah Satu Nya Try Maen Baseball Dekat 1 Utama.
Ya Allah Murah Tahap Tak Tercapai Akal.
Mungkin Akan Jadi Aktiviti Harian Kot.
Sebab Tepi Rumah, Dan Sangat Teramat Amat Bangat Murah.

Dah Lama Nak Try Pukul Baseball Dekat Batting Cage Ni,
Tapi Sebab Takut Mahal, So Asyik Terbantut Niat.
Hari Tuh, Dah Geram Sangat Kawan Laen Suruh Pegi Cuba,
Bila Tengok Website Dia,
1 Token=15 Balls, RM4 Student Rate.
Perghhh! Memang Rugi La Kalo Tak Cuba.
Kalo Terlepas Bola Pun Pedulik Apa, Memang Murah Sangat Kot.
Student Rate Dia Pulak Everyday, Bukan Weekdays Je.
Awesome Kan?
ada gaya pro tak?
Semalam Pegi Maen Haa Kau.
Tak Puas 15 Bola. Maen 30.
Puas Gila. And Kalo Terlepas Bola Pun,
Takda Nak Rasa Malu Ke Apa.
Kebanyakan Yang Maen Situ Suma Bukan Pro.
Belasah Je. Bukan Reti Pun.
First Time Pegang Bat Kot.

So Sesapa Yang Terasa Nak Release Tension,
Pegi La Atas Bumbung OU Dan Pukul Bola!
Dia Bagi Option Baseball Atau Softball.
Beginners Dia Suggest Softball,
Sebab Besaq Sket.
Cashier Tuh Siot Ja,
Masa Nak Beli Token Dia Cakap,
'U Maen Softball Saja Lah. Baseball Tak Boleh'.
Caitt Dia Memperkecilkan Diri Ku Yang Kecil Ini.
Nanti Kauu Aku Dah Pro Nanti,
Baseball Ke Hardball Ke Suma Aku Hentam Tau. :D

Oh Cara Nak Pegi,
Naek Lift Kat Parkson, Tingkat UR.
Enjoy!

OH! NAMPAK ZARINA ANN JOULIE BERATUR BELI TIKET KAT GSC SEMALAM.
Hehe Kecoh Je Ek. :D
tunjuk gamba yang paling elok la yea. ;D

 

Friday, June 8, 2012

Android: Top 3 Islamic App

12 comments:
Assalamualaikum.

Seperti Yang Dijanjikan Di Post Sebelum Ini,
Fa Akan Update Pasal Top 3 Must Download Islamic App For Android Users.
Kalo Ada Yang Dah Cuba Jugak Apps2 Ni,
Komen2 La Yea. Bagi Ratings Korang Jugak. Hehe

1. iQuran
Developer: Guided Ways Technologies
- Ada Translation Verse by Verse Yang Sangat Clear
- Ada Audio Bacaan
- Boleh Search Surah and Bookmark
- Font Yang Besar Sangat Senang Nak Nampak, Memudahkan Pembacaan :)
2. MySolat
Developer: Creativate
- Ada Azan Alarm
- Waktu Solat Mengikut JAKIM
- Ada Kompas Kiblat, And Memang Accurate. Pernah Cuba
3. Hijri Calendar
Developer: Roqai'e ....
- Terus Tunjuk Tarikh Ikut Calendar Hijrah
- Senang Nak Tukar Dari Calendar Masihi Ke Hijrah
- File Tak Berat

Nantikan Update Mengenai Astig Mata.

 

Monday, February 20, 2012

Tips Naek Kan CGPA?

37 comments:
Assalamualaikum.

** sebelum baca, tolong jawab poll tepi nuh boleh?**

Dah Seminggu Fa Tengok Keywords Blog Neh Pasal Tips Naek Kan CGPA.
Fa Bukan Terer Mana Pun,
Tapi Fa Boleh La Bagi Sket2 Cara Nak Tingkatkan Grade Exam.

1. Jawab Soalan Ikut Markah
Bila Exam, Jawab Ikut Kesesuaian Markah Yang Disediakan.
Contoh nya, Kalo Soalan Tuh Bagi 1 Markah Je,
Tak Payah La Tulis Berjela Macam Buat Satu Esei.
Bazir Masa Nanti.
Kalo 3 Markah, Biasanya Kena Ada Explanation And Example.

2. Tumpu Sepenuh Perhatian Dalam Kelas
Mula-Mula Fa Tak Caya Pasal Benda Neh.
Sebab Macam Lah Kita Boleh Ingat Apa Yang Cikgu Cakap Pun.
Tapi Rupanya, Yes Kita Memang Boleh Ingat.
Mungkin Tak Lengkap, Tapi Kalo Tengah Exam,
Tiba-Tiba Blank, Kita Boleh Try Ingat Balek Apa Yang Cikgu Cakap. InsyaAllah.
ehsan chibird

3. Sucikan Niat
Jangan Ada Perasaan Tak Suka Lecturer,
Jangan Menyampah Dengan Kawan,
Jangan Kedekut Nak Kongsi Ilmu.
Lecturer Lokek Markah Ke, Pilih Kasih Ke Apa Ke, Tak Pe.
Yang Penting Kita Dah Cuba Sedaya Upaya.

4. Baca Semula
Agak Susah Untuk Kita Menghafal Segala Benda Yang Kita Belajar, Tapi Tak Mustahil.
Salah Satu Caranya Adalah Dengan Membaca Semula Nota Berulang-Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Kali. Haa Berapa Banyak Ulang Dah Tuh?
Kita Mungkin Tak Dapat Hafal Sebiji-Sebiji Ayat Tuh,
Tapi At Least Kita Paham. Itu Lebih Penting!

5. Usaha, Doa Dan Tawakkal
Macam Biasa Lah Kan. Kena Usaha Dulu, Kerja Sekeras-Kerasnya,
Pastu Doa Sentiasa. Then Tawakkal Lah.
InsyaAllah Diberkati Dan Berjaya Kelak. Peh Ayattt.
ehsan google


Tuesday, February 14, 2012

Kau Punca Segalanya

25 comments:
Assalamualaikum.

Kawan Kawan Yang Dihormati Sekalian,
Untuk Pengetahuan Anda,
Blog Ini Mempunyai Dua Penulis.
Tapi Anda Mungkin Tidak Mengetahui Nya Kerana,
Penulis Kedua Iaitu Ashraf,
Pernah Menulis TIGA ENTRY Sahaja Termasuk Semalam.
Sekian Pengumuman Kecil Dari Saya.

Okay Berbalek Kepada Tajuk Yea Dearest.
Ini Adalah Nasihat Ikhlas Dari Fa,
Berdasarkan Pengalaman Sindri.
Pengakuan Ekslusip!

Dalam Dua Bulan Lepas Rambut Fa Asyik Gugur Tahap Kritikal Boleh Masuk ICU.
Mulanya Ingat Sebab Rambut Panjang Dan Tebal.
Tapi Sejak Cuti 3 Minggu Ari Tuh,
Rambut Fa Dah Tak Gugur.

Musykil Jugak.
Nak Kata Tukar Syampu,
Dah Berapa Tahun Tak Tukar Rejoice Neh.

Setelah Dibuat Kajian Dan Penelitian,
Punca Rambut Fa Gugur Adalah Ini

YES MEE SEGERA SANGAT LAH KEJAM.

Dulu Dok Hostel,
Maggi Memang Menu Utama Fa.
Serious Tak Tipu.
Teruk Kan Fa?
Sebab Tuh Sampai Kena Buat Azam Tak Nak Makan Maggi Dah.

Bila Cuti, Duduk Umah,
Mana Makan Maggi La Kan.
Dah Macam-Macam Makanan Berkhasiat Lagi Menyelerakan.
Peh Ayat Macam Nak Buat Iklan.

Maka Terbukti Lah,
Mee Segera Mempunyai Kandungan MSG Yang Amat Tinggi,
Sampai Boleh Botakkan Rambut Anda Yang Lebat Lagi Bertenaga.
Err Rambut Bertenaga Ek?

Fa Tau, Kita Manusia Biasa,
Memang Tak Leh Lari Dari Mee Segera. :D
Sekali Sekala Mesti Teringin Jugak Makan Mee Nuh.
Takpe Lah 2 Bulan Sekali Boleh La Kot.

Tapi Jangan Jadi Macam Fa Tau,
Makan Mee Segera Sampai 2 Minggu Sekali.
No Good! Nanti Botak!

Sunday, February 12, 2012

Separuh Hari Di Muar

23 comments:
Assalamualaikum.

Hari Senin Lepas Fa Pegi Muar Dengan Pemili.
Semata-Mata Nak Makan Tanpa Rasa Kecewa.
Lebih Tepat, Nak Melantak Mee Bandung Muar Dan Satay Johor.

Orang Johor Mesti Setuju 800% Bila Baca Ayat Berikut:

" SATAY JOHOR IS THE BEST SATAY IN THE WORLD! KALAH SATAY KAJANG OKAY?! "

Itu Hanyalah Mengikut Deria Rasa Lidah Keluarga Fa Saja.
Orang Laen Nak Bangkang, Ikut Suka Lah. :P

Dipendekkan Cerita,
Kami Park Kereta Dekat Dengan Jeti Muor,
Pastu Jalan Satu Pekan Muar Tuh.
Baru Masuk Satu Simpang,
Tangan Dah Mengangkut.
Tau Tak Kami Borong Apa?
KASUT!
Agak-Agak Dah Lebam Membeli-Belah,
Mula Operasi Cari Kedai Mee Bandung.
Akhirnya Masuk Satu Simpang Lagi,
Nampak Meja Banyak Dan Dipenuhi Manusia.
Haaa Sasaran Dikenalpasti!

Sebelum Sampai Restoran Tuh,
Lalu Pulak Kedai Bakery.
Nampak Segar Bugar Dan Murah.
Bayangkan Egg Tart 70 Sen Je?
Kat Giant Pun Seringgit Tau?

Akhirnya, Setelah Melepasi Segala Rintangan,
Sampai Jugak Ke Kedai Mee Bandung Idaman SeMalaya.
Kami Order, Soto, Mee Bandung, Dan Satay.
Laju Macam Kilat Akak Tuh Amek Order,
Sebab Ramai Orang, Jadi Dia Kena Pantas.
Pelanggan Pun Kena Makan Laju Laju. -__-

Jemput Makan Yea?
SOTO RM 3.50
4/5 BINTANG
Sup Dah Mengancam,
Tapi Nasi Impit Dia Terlalu Lembik Bagi Fa.
Mungkin Orang Laen Suka La Kot.

MEE BANDUNG- RM4
4.5/5 BINTANG
Kenapa Bukan 5 Bintang Penuh?
Sebab Fa Tak Minat Mee Bandung. :D

SATAY AYAM & DAGING- 50 SEN
3.8/5 BINTANG
Satay Dia Kureng Sebab Macam Mentah SIKIT.
Mungkin Sebab Nak Cepat,
Dia Tak Sempat Nak Bakar Betul-Betul.
Tapi, Dari Segi Kelembutan, Tak Da Sape Boleh Kalah Kan Selain Dari Satay Kat Larkin. :P

Overall: 8.5/10 Bintang
Kenapa Sikit Sangat Bintang Padahal Sodap Belaka?
Sebab Kedai Dia Kedai Tumpang.
Makanan Nya Dijual Abu Bakar Neh,
Tapi Air Disediakan Orang Cina.

Tokey Sebenar Adalah Cina.
Dan Ada Sedikit Ketidak Selesaan Sebab Ramai Dan Panas.
Bila Ditanya Orang Sejati Muar,
Katanya Abu Bakar Hanipah Memang Menumpang Je Jual Makanan.
Kat Kedai Laen Pun Dia Tumpang.

Setelah Selesai Melaburkan Duet Kat Muar,
Kami Teruskan Perjalanan Ke Melaka.
Ada Apa Di Melaka?
NANTI KAN PART TWO :D

psstt: hamek kau berjela-jela. maaap!

Friday, February 10, 2012

Friday, February 3, 2012

#4 Tahukah Anda

28 comments:
Assalamualaikum.


Hehehe
Bukan Suma Jenis Rasanya,
Ada Jenis Yang Spesel Je Boleh Buat Gitu. :D


[SUMBER]

Friday, January 27, 2012

#3 Tahukah Anda?

34 comments:
Assalamualaikum.

Yea Ke? Haha
Baru Tau Sebenarnya.
Tapi, Bila Tengok Cerita Kelakar,
Macam Gelak Banyak Je? :D
Yeap Ini Adalah Fakta. :)


Tuesday, January 24, 2012

Lebih Rela Berjalan Kalo Gini

24 comments:
Assalamualaikum.

Seronok Kan Cuti Lama Neh.
Umi Cuti, Abang Cuti, Suma Cuti.
Boleh Kemas-Kemas, Boleh Jalan-Jalan.
Cakap Pasal Jalan-Jalan,
Korang Suka Tak Duduk Dekat Bangku Kat Tepi-Tepi Jalan?
Tak Kesah La Kat Dalam Mall Or Kat Taman.

Best Jugak Lepas Penat Lenguh Kaki,
Rehat Sat Duduk Tengok Gelagat Orang, Betui Dak?
Tapi, Korang Akan Duduk Tak Kalo Kerusi Yang Disediakan Tuh,
Ada Benda Tajam Tercancang Kat Atas Dia?
Macam Neh
Haa Camno Nak Duduk Neh Kan?
Bangku Neh Direka Oleh Orang German,
Kalo Nak Duduk Kena Bayar 50 Euro Cent,
Bersamaan Dengan DUA RINGGIT MALAYSIA.
Bila Dah Masuk Kan Duet,
Baru Duri-Duri Tuh Turun.

Mau Ka? Nak Duduk Punya Pasal, Kena Bayar 2 Hengget.
Dah Bayar Mahal-Mahal,
Nanti Tak Sampai 2 Minit, Ada Alarm Bunyi,
Menandakan Masa Dah Tamat,
Baek Ekau Bangun, Kalo Tak,
Tercucuk Lah Bontot Dengan Duri Tuh.
Kalo Pk Positif,
Maksud Nya Dia Nak Suruh Kita Jalan Je Lah, Exercise.
Kalo Pk Negatif,
Dibuatnya Ada Orang Semput, Nak Bayar Dulu La Apa Bagai,
Tak Dapat Nak Duduk, Silap-Silap Pengsan Terus.  -___-

Kalo Nak Tengok Macam Mana Benda Neh Beroperasi,
Tengok Video Neh.
Naseb Baek Kat Malaysia Takdop. :D
[SUMBER]

Friday, January 20, 2012

#2. Tahukah Anda?

23 comments:
Assalamualaikum.

haa susu stroberi ke susu hippo? O_o
harap2 bentuk je macam badak, jangan la diperbuat dari badak
pssst: Berjaya Jugak Tunggu Sampai Hari Jumaat Untuk Entry Tahukah Anda. Hehe

Thursday, January 19, 2012

Cara Nak Senang Bangun Tido

16 comments:
Assalamualaikum.

Ada Ke Yang Tak Suka Duet Kat Sini?
Macam Impossible Je.

Ada Tak Yang Susah Bangun Tido?
Mesti Ada. Fa Pun Susah Jugak. Hehe

Meh Fa Ada Cara Nak Tolong Korang Senang Bangun Tido.
Bukan Ada Memerlukan Pape Ramuan Atau Suara Yang Nyaring Untuk Mengejutkan Anda.
Let Me Introduce To You
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
MONEY SHREDDING ALARM CLOCK!
 
Haa Alarm Neh Memang Mantop Lah.
Bila Dia Berbunyik Je,
Nanti Duet Kita Keluar Pastu Akan Dikoyakkan Macam Mesin Penghancur Kertas Orang Selalu Guna Kat Ofis Tuh.
Selagi Tak Ditekan, Dan Dipadam, Selagi Tuh Dia Akan Terus Mengoyakkan Wang Anda.

Kalo Tak Nak Melayang Duet,
Bangun Lah Cepat!

[SUMBER]
Info Tambahan:
Kalo Kat US, Korang Koyakkan, Or Rosakkan Duet US, Korang Boleh Dipenjarakan!

Tuesday, January 17, 2012

Zihar: Jaga Percakapan Antara Suami Isteri

10 comments:
Assalamualaikum.

Fa Belajar Pasal Benda Neh Dalam Subjek Fa Amek Ari Tuh.
Dah Lama Dok Simpan Dalam Deraf,
Baru Neh Sempat Post.

Korang Tau Pasal Hukum Zihar?
Kalo Dah Tau, Bagus Lah.
Kalo Tak Tau, Harap Entry Neh Dapat Bagi Info Baru Kat Korang.
Ke Memang Suma Dah Tau, Fa Sorang Je Tak Tau?? T_T

Rasa Macam Selalu Kita Dengar Kat DRAMA Suami Cakap Kat Isteri,

" Badan You Neh Macam Mak I Lah, Ramping. "

Atau Isteri Cakap Kat Suami,

" Tough La Body You, Macam Daddy I. "

Tahukah Anda Satu Masa Dulu,
Kalo Dialog Macam Tuh Muncul Dalam Kalangan Suami Isteri,
Pernikahan Mereka Dijatuhkan Hukum HARAM?

Kenapa Haram?
Sebab Seolah-Olah, Bila Suami Cakap Macam Tuh,
Dia Akan Terbayang Mak Nya Bila Bila Lihat Isteri.
So Anak Dengan Mak Kan Tak Leh Nikah?
Sebab Tuh Jadi Haram.
Sama Lah Jugak Untuk Isteri.

Mangsa Pertama Zihar Neh Adalah,
Khawlah bt Thalabah & Aws b Samit.
Aws Secara Tidak Sengaja Telah Melafazkan Kata-Kata Seperti Di Atas Kepada Khawlah.
Khawlah Pegi Jumpa Dengan Rasullullah S.A.W. Untuk Mintak Tolong,
Suami Dia Tak Nak Ceraikan Dia.
Mereka Still Sayang Each Other.

Turun Lah Wahyu Dalam Surah Al Mujadalah.
Fa Summarize Kan Maksud:

Zihar Tak Haram Dalam Syariah Islam. Tapi Kalo Ada Terjadi Percakapan Macam Tuh,
Maka Kena Bayar Kafarah "

Kafarah Tuh Denda Buat Salah Satu Dari Tiga Neh:
1. Bebas Kan Seorang Hamba
2. Puasa 2 Bulan Sederet
3. Memberi Makan Kepada Fakir

So, Kiranya Sekarang Tak Haram.
Tapi, Kena Bayar Kafarah.
Jangan Ingat Bila Tak Haram,
Boleh Buat Jugak.
Ingat Senang Ke Nak Bayar Kafarah? Huhu
Sebab Selagi Tak Bayar Kafarah,
Selagi Tuh Tak Leh 'Bermesra' Antara Suami Isteri.
[SUMBER]

Berhati-Hati Lah Dalam Bertutur Yea!
Nak Gurau-Gurau Pun Berpada-Pada Tau.

Friday, January 13, 2012

Tahukah Anda?

14 comments:
Assalamualaikum.

Tahukah Anda?
Okay Fine Tak Interesting Pun Fakta Neh. T_T

Anyways,
Fa Terpk Nak Buat Post Pasal 'Tahukah Anda' Neh Setiap Ari Jumaat La.
Korang Setuju Tak?
Ke Nak Buat Segmen?
Siapa Ada Info Paling Unik Dapat Adiah.
Haa Amacam Amacam?

psstt: Hari neh baru betul Jumaat kan.... :D

Monday, December 26, 2011

Kekurangan Makanan

16 comments:
Assalamualaikum.

Dah Hujung Tahun Macam Neh Agak Biasa Untuk Umi Dengan Abang Fa Amek Cuti Panjang.
Nak Habiskan Cuti La Katakan.
Kitorang Neh Jenis Yang Suka Buat Rancangan Jalan Jalan Cari Makan Sindri.
food platter :D
Tapi Yang Tak Best Nya, Kalo Kat Negeri Laen, Memang Seronok La Explore Food.
Kat KL Masalahnya, Takda Tempat Yang Macam Seronk Untuk Dibedal.
Contoh Kat Jb, Ada Plaza Larkin,
Kat Penang Ada Nasi Kandaq,
Kat Melaka Ada Seafood Kat Umbai,
Kat Lumut Ada Seafood Jugak.

Kat KL Apa Ada?
Yea Memang Banyak Restoran Kat KL,
Malangnya, Kesedapan Dan Kepuasan Selepas Makan Tuh Tak Terjamin.
Sebab Kami Sangat Cerewet Bab Kelazatan Sebenarnya. Hehe
Kalo Pegi Negeri Laen, Especially Johor,
Fuhh Konpem Tak Menyesal! *suka la orang johor fa puji* :P
kacang pool larkin!
So Semalam Terlanjur Hari Cuti,
Pegi Lah Berjalan.
Nak Cari Kedai Breakfast Yang Best Punya Lah Susah,
Tapi Alhamdulillah Jumpa Jugak Yang Sedap.
Restoran Subaidah Kat Kota Damansara.
google je
Lepas Tuh Pegi Melawat Nenek Sedara Kat Rawang,
Kebetulan Pulak AEON/Jusco Rawang Baru Bukak.
Apa Lagi, Serbu La Kan.
Boleh Tahan La Mall Neh.

Pastu Kami Balek Rumah,
Dengan Rancangan Nak Pegi Bagan Lalang Makan Seafood.
Tapi Bila Pk Balek,
Jauh Bebeno Nak Sampai Ke Sana.
Nak Tunggu Sampai Dah Kebulur,
Pastu Bila Nak Balek, Lapar Semula. :D
butter prawn
So, Kami Decided To Pegi Ke RESTORAN SUBANG KU,
Betul Betul Seberang Subang Airport a.k.a SkyPark.
Alhamdulillah Memang Berbaloi!
Sodap Bebeno.
Sorry Lah Takda Gamba, Malas Nak Amek.
Kami Makan Butter Prawn, Kerapu Assam (RM66), Lala Masak Apa Tah (RM28), Kangkung Belacan, Sotong Goreng Tepung Telur Masin, And Of Course Ketam Sweet Sour (RM55).
sweet sour crab
Total Semua RM219.60 Campur Air Yang Berapa Banyak Tah Kitorang Order. Hehe
Yang Laen Tuh Fa Tak Ingat Harga Dia. Sorry!
Gamba Suma Google Saja.