Pages

Reasons To Continue Writing

Wednesday, February 29, 2012

Tajuk Tiada

18 comments:
Assalamualaikum.

Maaf Lah Mungkin Beberapa Entry Lepas Neh Ada Unsur Sedih.
Penulisan Adalah Media Untuk Meluahkan Perasaan.
Seseorang Susah Nak Menipu Dari Penulisan.
Sehappy Dan Seceria Mana Sekalipun Karangan Seseorang,
Tapi Kalo Tengah Sedeh, Mesti Pembaca Boleh Rasa.
Jadi Dari Fa Berpura-Pura Lebih Baek Fa Tulis Je Ikut Hati.

Segalanya Berubah.
Semakin Hari Semakin Banyak Ujian Allah.
Ingatkan Lepas Umi Dah Pergi,
Ujian Allah Akan Berehat Seketika.
Rupanya Tak. Cabaran Makin Kerap Dan Makin Sukar Namun Tak Sesukar Ujian Meredhai Pemergian Umi.

Sememangnya Semua Yang Terjadi,
Segala Dugaan Yang Menimpa,
Lebih Mematangkan Diriku.

Aku Belum Kembali Ke Kelas,
Entah Lah. Aku Tak Pasti Macam Mana Aku Akan Menempuh Hari Itu Kelak.
Aku Pun Tak Dapat Nak Bayangkan Apa Reaksi Kawan-Kawan Akan Berikan Padaku.
Aku Sendiri Bingung Sama Ada Nak Berpura-Pura Dan Menjadi Fathiah Yang Ceria,
Atau Lupakan Saja Identiti Gembira Dan Tunjukkan Ekspresi Yang Sebenar.

Aku Tak Nak Kawan-Kawan Rasa Tak Selesa,
Atau Rasa Mereka Tak Bebas Untuk Berbicara Dengan Aku.
Hmm Macam Mana Yea?
Aku Tau Mesti Orang Rasa Takut Nak Cakap Dengan Orang Yang Baru Kehilangan Ibu Kandung, Lebih Tepat, Yatim Piatu.

SubhanaAllah.
Tiada Laen Yang Aku Boleh Lakukan Selain Berdoa Diberi Kekuatan Untuk Melalui Hari-Hari Yang Mendatang.

Sunday, February 26, 2012

Hikmah

36 comments:
Assalamualaikum.

Belum Hilang Sedih Kehilangan Abah 4 Tahun Lalu,
Kini Umi Ku Pula Pergi.
Barangkali Abah Pun Merindui Umi Dan Mengajak Umi Untuk Berjumpa Di Atas Sana InsyaAllah.

Perasaan 'Kenapa Abah Aku Yang Kena Pergi' Kini Berubah Kepada,
'Kenapa Ibu Bapa Ku Yang Pergi'.
Amat Lah Mudah Untuk Berkata,
'Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya'.

Hakikat Nya, Hanya Mereka Yang Melalui Nya Dan Allah Saja Tau Betapa Perit Untuk Menerima Dugaan Itu.
Perginya Umi Dan Abah Sangat Memberi Pengajaran Kepada Kami Semua.

Abah Meninggal Umur 47, Umi Pula 49.
Ajal Maut Tidak Mengenal Usia.

Umi Dan Abah Kedua-Dua Nya Takda Penyakit.
Ajal Maut Tidak Mengenal Sihat Atau Tidak.

Aku Tau 'La YukallifuLlahu Nafsan..illa wus`aha'
Allah Tidak Akan Memberati Hambanya Melebihi Apa Yang Dia Mampu Tanggung.
Tapi, Aku Masih Mencuba Untuk Menerima Dugaan Ini.

Kawan-Kawan Cakap,
'Kau Insan Terpilih Tiah. Allah Tau Kau Kuat, Semakin Tinggi Iman Seseorang Semakin Susah Ujian Nya. Kau Ingat Tuh. Setiap Ujian Dan Musibah Dari Allah Adalah Penghapus Dosa.'

Sedangkan Beban 4 Tahun Lalu Belum Berkurang,
Bertambah Pula Cabaran Baru.
MasyaAllah Ya Allah.

Aku Memohon Petunjuk Mu Ya Allah.
Aku Memohon Kau Berikan Lah Tenaga Kepada Ku Ya Allah.
Sesungguhnya Ujian Ini Amat Berat Ya Allah.
Jika Benar Aku Mampu Laluinya,
Bantu Lah Aku Ya Allah.

Aku Tau Aku Mesti Meredhai Pemergian Umi.
Aku Minta Maaf Ya Allah.
Aku Perlukan Masa Ya Allah.

Al-Fatihah.

Saturday, February 25, 2012

Pergi Nya Tak Kembali Lagi

36 comments:
Assalamualaikum.

Mungkin Tajuk Dah Menceritakan Segalanya.
Umi Fa Telah Kembali Ke Pangkuan Allah Tepat 4.48pm Semalam, 24 Februari 2012, Jumaat 2 Rabiulakhir Di Damansara Specialist Hospital.

Jenazah Selamat Dikebumikan Lebih Kurang 10 Malam Tadi.

Moga Umi Ditempatkan Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.
Aminn.

Thursday, February 23, 2012

Doa Dan Semangat

17 comments:
Assalamualaikum.

Dear Friends And Bloggers.
Umi Fa Masuk Cardiac Intensive Care Unit (CICU) Sejak Hari Isnin Pagi, 20 Februari 2012 Di Damansara Specialist Hospital.
Bermula Dengan Sesak Nafas,
Umi Fa Terkena Heart Attack.
Jantung Umi Berhenti Lebih Dari 10 Minit,
Breathing Umi Berhenti.
Blood Pressure Umi 0.

Due To That,
Oxygen Tak Sampai Kat Otak,
Causing Kekurangan Oxygen,
Status Umi Sekarang,
" HYPOXIC ISCHEMIC BRAIN INJURY, SEVERE LEVEL "

Doctor Cakap Bila Dah Tahap Severe,
Kemungkinan Untuk Pesakit Bangun Semula Adalah Sangat Tipis.
Doctor Cakap, Otak Umi Rosak Secara Keseluruhan.
Sekarang, Umi Bernafas Dengan Bantuan Ventilator, Mesin Oxygen.
Tanpa Mesin Tuh, Umi Akan Stop Breathing.

Kami Hanya Mampu Berdoa Dan Berdoa Dan Berdoa Dan Tawakkal Kepada Allah Minta Dipanjangkan Umur Umi,
Moga Allah Berikan Miracle Kepada Umi.
Kami Masih Menaruh Harapan,
Dan Tak Akan Cabut Mesin Tuh.

Fa Meminta Bantuan Kawan2,
Tolong Doakan Umi Fa
SHARIFAH NOOR FADZILLAH BT SYED ABU BAKAR,
Semoga ALLAH Kuatkan Semangat Umi,
Semoga Allah Panjangkan Hayat Umi,
Semoga Allah Dapat Memberi Umi Hidup Seperti Biasa.
AMIN.

Just Nak Bagitau,
Life Support Dengan Ventilator Is Different,
Umi Bukan Under Life Support.
Umi Hanya Perlukan Bantuan Oxygen.