Pages

Reasons To Continue Writing

Friday, August 12, 2011

Kecik Kecik

69 comments:
Assalamualaikum.

Rasa Macam Banyak Bebeno Beza Budak Kecik Zaman Sekarang,
Dengan Zaman Kita Kecik-Kecik Dulu. *bajet dah tua je*

Sekarang
** Kecik-Kecik Dah Pandai Guna Henpon dan Segala Canggih

** Kecik-Kecik Dah Pandai Guna Bahasa Kasar

** Kecik-Kecik Dah Pandai Tendang Kucing

Dulu *Zaman Kecik-Kecik Fa La Yea*
** Kecik-Kecik Nak Pakai Fon Umah Pun Terkial-kial Rasanya

** Kecik-Kecik Sekali Sebut Aku, Mau Kena Rotan. Kalo Bab*? Kena Kunci Luar Rumah!

** Kecik-Kecik Kucing Cakar Pun Still Kena Usap Kucing Tuh.

Kenapa Berbeza Sangat Cara Didikan Parents Yea?
Pasal Budak Tendang Kucing Tuh,
Baru Nampak Kelmarin,
Mak Dia Yang Suruh Tendang Sebab Kucing Tuh Dok Kat Bawah Meja Makan. T___T

pssstt: KimiCnoL, Kalo Buat Entry Pasal Resipi Kueh Raya Boleh Tak? Ke Boleh Tergoda Jugak Si Keimi Tuh. =D

Thursday, August 11, 2011

Samseng La Sekarang

68 comments:
Assalamualaikum.

Ada Kawan Or Ahli Keluarga Yang Panas Baran Tak?
Especially Bila Bawak Kete.
Abang Fa Memang Cepat Baran.

Pantang Orang Nak Potong Line, Dia Tak Bagi,
Kalo Orang Tuh Degil, Dia Lagi 100 Kali Degil.

Ada Cina Neh,
Nak Potong Lane, Nak Masuk Lane Abang Fa La,
Tapi Abang Tak Bagi,
Tapi Cina Tuh Tekan Jugak,
Memang Jarak Sejengkal Je Dah Boleh Bergesel Tepi.

Last-Last Mamat Tuh Menyerah,
Tapi Abang Saya Kan Baran, T__T
Dia Maen Kan Pulak Cina Tuh,
Kejap-Kejap Brake.

Sekali Kan,
Dia Turun Kete,
Lebih Kurang Macam Ilustrasi Di Atas,
Cuma Tak Da Kayu.

Mau Tak CUAK?
Naseb Baek Tak Jadi Pape.

Lepas Tuh,
Memang Kena Se-Das Leteran Umi La Kan.
Huh Ayat Umi Pedas Woo.
Umi Cakap,

" Tolonglah, Jangan Nak Berlagak Jadi Samseng, Road Bully, Awak Punya Plate Number Terdedah, Silap-Silap Orang Amek, Kang Dia Ikut Awak, Bawak Kayu Pukul Belasah "

Umi Menambah,

" Jangan Nanti Tiba-Tiba Ada Polis Datang Umah Bagitau Benda Nauzubillah.. "

Maka Dapat Tak Moral Nya Di Sini Murid-Murid?

pssstt: Brader Arul, Cuak Tak? =D

Wednesday, August 10, 2011

Yea Saya Tau Dia Retis

58 comments:
Assalamualaikum.

Sebelum Pape,
Happy Besday Kat Blogger Berjanggut Abg Feroz Yea!

Tanya Sket Boleh?
Hebat Sangat Ke Penangan Artis Yek?
Sampai Kalo Dia Makan Durian Pun Satu Alam Nak Tau.

Memang Lah,
Nasib Dia Dah Jadi Artis,
Kena La Pandai Jaga Image Sendiri,
Kalo Tak, Memang Naya.

Tapi Kan,
Dah Lebih Seminggu Tak Yah La Cerita Lagi.
Takda Pekdah Pun.

Kalo Niat Nak Tegur,
Nak Bagi Muhasabah Kat Orang Laen,
Bagus Lah, Tapi Make Sure Cara Pun Betul.

Sorang Dua Post Dah La,
Neh Rasa Nya Kiri Kanan, Atas Depan Belakang,Utara Selatan Timur Barat,
Cakap Pasal Benda Tuh.

Tak Rugi Pun Kalo Orang Laen Tak Tau.
Kita Dah Baca, Kalo Nak, Komen Sket-Sket,
Dah Sshhh Tutup Mulut,
Tangan Jangan Gatal Nak Re-post.

Kalo Rasa Tak Puas Jugak,
Amek Mesej Yang Kita Dapat Dari Peristiwa Tuh,
Kita Kongsi Dengan Pembaca,
Gamba? Bukti? Tak Payah.
Lukis Doodle Je Pun Bolehhh. =P

Fa Tak Tujukan Specific Kepada Sesiapa Tau!
Fa Tulis Entry Neh Sebab Tengok Banyak Sangat Post Pasal Putus Tunang, Pegang Tangan dan Yang Berkaitan.
Dan Fa Bukan Sedang Marah. =)

pssstt: Cik Fara Hanim Baru Buat Doodle Lagi, Makin Cantek Pulak Tuh. Hehe

Tuesday, August 9, 2011

Nak Tido Pun Susah

59 comments:
Assalamualaikum.

Sape Tido Berdengkur? Ngaku Cepat!
Alaa Bukan Korang Sedar Pun Korang Dengkur Kan?
Kalo Nak Tau, Sila La Tanya Sesapa Yang Tido Berdekatan Anda.

Hari Neh Kita Nak Bincang Pasal

Berdengkur

Tau Tak, Sebenarnya Berdengkur Neh Membahayakan?
Takda Lah Membawa Maut. Huh
Tapi, It Seems, Berdengkur May Leads To Stroke, Darah Tinggi.
bukan saya!

Selalunya, Antara Tiga Sebab Utama Berdengkur,
  • Terlebih Berat, Obese
  • Hisap Rokok
  • Minum Alcohol
Ada Cara-Cara Nak Bagi Berhenti Dengkur Neh.
Antaranya,

** Jangan Tido Telentang. Senang, Tido Ikut Sunnah Nabi.

** Jangan Tido Dengan Perut Tahap Boleh Meletup.

** Tido Atas Bantal Yang Tak Lembut, Tak Keras. Medium La.
  
** Kurangkan Produk Tenusu Untuk Elakkan Mucus Terhasil.

** BERHENTI MEROKOK.

** Beli Nasal Strip. Tanya La Kat Farmasi Or Klinik Yea.

** Susah Sangat, Pi Jumpa Doktor Pakar Okay!

    SeElok Nya Cuba La Kurangkan Dengkur Tau.
    Kesian Roomate Ke Sesapa.
    Lagipun Untuk Kesihatan Sendiri Jugak! =)
    Captain Syazwan, Hang Berdengkur Kan?? =P

    Sumber Di Sana Dan Sinun.