Pages

Reasons To Continue Writing

Monday, March 12, 2012

Tudung VS Leher

Assalamualaikum.

**sebelum baca, tolong jawab poll tepi tuh boleh?**

Kerana Dikerah Pemilik Utama Blog,
Aku Pun Menulis Lah Lagi.
Katanya Dia Dah Kekangan Idea Untuk Menulis.
Aku Bukan Tak Mahu,
Tapi Aku Takut Tak Dapat Sambutan. tssk tssk
Apa tssk tssk Tuh Sebenarnya Tah?

Aku Walaupun Tak Aktif Blogging,
Tapi Aku Baca Jugak Blog Tertentu.
Aku Tau Jugak Kegemaran Orang.
Contohnya, Aku Tau Pompuan Suka Tengok Tutorial Hijab.
Bagus Melayu Sekarang.
Dulu Panggil Tudung,
Now Dah Pandai Guna Bahasa Arab. Thumbs Up.

Aku Bukan Nak Bangkitkan Isu Pompuan Suka Serabutkan Kepala Sendiri,
Kekadang Aku Takut Ada Jugak Yang Mati Tercekik Nanti.
Aku Sebenarnya Nak Cakap Pasal,
Si Pemberi Atau Pembuat Video Tutor.

Agak-Agak Korang,
Ada Tak Golongan Maskulin Tengok Video Tuh?
Mustahil Takda. Aku Sendiri Tengok.
Erk. Kantoi.

Aku Terkedu Jugak Kekadang.
Dia Tunjuk Cara Pakai Hijab Tutup Dada,
Tapi Leher Dia Time Nak Demo Tuh Terbukak Takpe Pulak?
Terasa Salah Tengok Video Pun Ada.

Anggapan Aku,
Mungkin Diorang Ingat Laki Mana Lah Nak Tengok Cara Pompuan Pakai Tudung?
So Takpe Lah Viewers Pompuan, Muhrim.

Tapi, Takkan Lah Singkat Sangat Pemikiran Diorang?
Dah Letak Kat Youtube,
Seantero Dunia Boleh Tengok Maa.
Bukan Kau Boleh Tapis Pun Pompuan Je Tengok Video Kau.

Sekali Pun Korang Letak Kat Awal-Awal Video Tuh,
"HANYA KAUM HAWA BOLEH TENGOK VIDEO INI"
Huh Aku Rasa Makin Berpusu-Pusu Jantan Nak Tengok.
Ish Ish Ish.

Ini Sebenarnya Idea Fathiah,
Tapi Aku Cuba Olah Dari Sudut Lelaki.
Harap Maap Kalo Ada Tersinggung.

Penulis Kedua
-Ashraf-

21 comments:

ct cucubi said...

mendgr komen2 mcm ni dr seorg lelaki, its a gud thing.. B-)

| CIKZEK | said...

haah kan. nk sarankan org tutup aurat, tp diri sndiri cne lak ? huhu suke entry ni :)

Azhafizah MN said...

good idea actually..bagus juga ketengahkan isu ni..^^

FarhanahAdzlan said...

yeah..maybe mereka pembuat tuto hijab tu kurang brpengetahuan lg psal aurat or memang kat luar on/off pkai tudung or memang diambil ringan hal2 menutup aurat skdar fesyen shaja~

p/s:klau prmpuan and pmpuan tu dipanggil mahram..muhrim tu yg haji tu=)

M Fizan said...

never so true.. setuju sangat-sangat.. dapat saham neraka... ya salam....

LiNda said...

memang banyak video macam tu..pelik gak bile memikirkannye..yang seksi pon ade

Arra Ahmad said...

actually..betul juga kan..mereka tak terfikir atau sengaja tak hiraukan?hihi

Unknown said...

berlambak dh tuto mcm tu skrg ni smpai dh bosan dh.. pkai tudung je pun.. xpyah la over2 sgt fesyennye..

Unknown said...

FESYEN TUDUNG SEKARANG SEMAKIN PELIK KAN..LAYANKAN AJERLAH,JANJI DIA ORG RASA CANTIK DAN TUTUP AURAT..HEHE

ZWAN SABRI said...

mungkin niat depa murni tapi cara tu yang x berapa nk betoi... HUHU

.........cP~ said...

Salam.

tegur lah banyak2 memang bagus. Kadang perempuan baru nak sedar bila tau cara pemikiran lelaki atau lelaki yang tegur. Tapi, ada jugak yang perempuan tegur - kata kau bajet bagus, laki tegur kata kau gatal. Ahaks.

Cik tikah said...

setuju gak. kadang2 rasa macam x payah buat video pun x pe.

Liyana Zahim said...

Aiks brapa ramai pnulis blog ni? Aiks??

Anonymous said...

betul juga tu. kadang tengok orang buat tuto tu, semua pakat nampak leher, kecualilah pakai inner kepala yang tutup penuh t..

afzalsukasuki said...

haah kan FA, niat dah baik.tapi niat takleh menghalalkan cara kan?kan? :)

Shida Radzuan said...

xetuju FA..bt tutor tutp la juga kan..hehee..

Unknown said...

memalukan tul la diorng ni

Gucciey Lavender said...

betul tu . kbanyakkannye tak tutup .. tapi ada jugak yang tutup dengn kain tudng .. leher n dada .. gucy pernah lihat ..

Anonymous said...

erkk
baru terpersan bile bace entry nie
sbb masa tgk tuto tu
kusyuk sgt
hehee
ader btolnyeee :D

Unknown said...

apa2 pun aurat mau jaga.sbb matlamat tak mghalalkan cara kan kan kan

Nur Shahira MY said...

Sangat setuju :) aurat tu penting untuk dijaga . wuhuhu