Pages

Reasons To Continue Writing

Wednesday, February 29, 2012

Tajuk Tiada

18 comments:
Assalamualaikum.

Maaf Lah Mungkin Beberapa Entry Lepas Neh Ada Unsur Sedih.
Penulisan Adalah Media Untuk Meluahkan Perasaan.
Seseorang Susah Nak Menipu Dari Penulisan.
Sehappy Dan Seceria Mana Sekalipun Karangan Seseorang,
Tapi Kalo Tengah Sedeh, Mesti Pembaca Boleh Rasa.
Jadi Dari Fa Berpura-Pura Lebih Baek Fa Tulis Je Ikut Hati.

Segalanya Berubah.
Semakin Hari Semakin Banyak Ujian Allah.
Ingatkan Lepas Umi Dah Pergi,
Ujian Allah Akan Berehat Seketika.
Rupanya Tak. Cabaran Makin Kerap Dan Makin Sukar Namun Tak Sesukar Ujian Meredhai Pemergian Umi.

Sememangnya Semua Yang Terjadi,
Segala Dugaan Yang Menimpa,
Lebih Mematangkan Diriku.

Aku Belum Kembali Ke Kelas,
Entah Lah. Aku Tak Pasti Macam Mana Aku Akan Menempuh Hari Itu Kelak.
Aku Pun Tak Dapat Nak Bayangkan Apa Reaksi Kawan-Kawan Akan Berikan Padaku.
Aku Sendiri Bingung Sama Ada Nak Berpura-Pura Dan Menjadi Fathiah Yang Ceria,
Atau Lupakan Saja Identiti Gembira Dan Tunjukkan Ekspresi Yang Sebenar.

Aku Tak Nak Kawan-Kawan Rasa Tak Selesa,
Atau Rasa Mereka Tak Bebas Untuk Berbicara Dengan Aku.
Hmm Macam Mana Yea?
Aku Tau Mesti Orang Rasa Takut Nak Cakap Dengan Orang Yang Baru Kehilangan Ibu Kandung, Lebih Tepat, Yatim Piatu.

SubhanaAllah.
Tiada Laen Yang Aku Boleh Lakukan Selain Berdoa Diberi Kekuatan Untuk Melalui Hari-Hari Yang Mendatang.

Sunday, February 26, 2012

Hikmah

37 comments:
Assalamualaikum.

Belum Hilang Sedih Kehilangan Abah 4 Tahun Lalu,
Kini Umi Ku Pula Pergi.
Barangkali Abah Pun Merindui Umi Dan Mengajak Umi Untuk Berjumpa Di Atas Sana InsyaAllah.

Perasaan 'Kenapa Abah Aku Yang Kena Pergi' Kini Berubah Kepada,
'Kenapa Ibu Bapa Ku Yang Pergi'.
Amat Lah Mudah Untuk Berkata,
'Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya'.

Hakikat Nya, Hanya Mereka Yang Melalui Nya Dan Allah Saja Tau Betapa Perit Untuk Menerima Dugaan Itu.
Perginya Umi Dan Abah Sangat Memberi Pengajaran Kepada Kami Semua.

Abah Meninggal Umur 47, Umi Pula 49.
Ajal Maut Tidak Mengenal Usia.

Umi Dan Abah Kedua-Dua Nya Takda Penyakit.
Ajal Maut Tidak Mengenal Sihat Atau Tidak.

Aku Tau 'La YukallifuLlahu Nafsan..illa wus`aha'
Allah Tidak Akan Memberati Hambanya Melebihi Apa Yang Dia Mampu Tanggung.
Tapi, Aku Masih Mencuba Untuk Menerima Dugaan Ini.

Kawan-Kawan Cakap,
'Kau Insan Terpilih Tiah. Allah Tau Kau Kuat, Semakin Tinggi Iman Seseorang Semakin Susah Ujian Nya. Kau Ingat Tuh. Setiap Ujian Dan Musibah Dari Allah Adalah Penghapus Dosa.'

Sedangkan Beban 4 Tahun Lalu Belum Berkurang,
Bertambah Pula Cabaran Baru.
MasyaAllah Ya Allah.

Aku Memohon Petunjuk Mu Ya Allah.
Aku Memohon Kau Berikan Lah Tenaga Kepada Ku Ya Allah.
Sesungguhnya Ujian Ini Amat Berat Ya Allah.
Jika Benar Aku Mampu Laluinya,
Bantu Lah Aku Ya Allah.

Aku Tau Aku Mesti Meredhai Pemergian Umi.
Aku Minta Maaf Ya Allah.
Aku Perlukan Masa Ya Allah.

Al-Fatihah.

Saturday, February 25, 2012

Pergi Nya Tak Kembali Lagi

37 comments:
Assalamualaikum.

Mungkin Tajuk Dah Menceritakan Segalanya.
Umi Fa Telah Kembali Ke Pangkuan Allah Tepat 4.48pm Semalam, 24 Februari 2012, Jumaat 2 Rabiulakhir Di Damansara Specialist Hospital.

Jenazah Selamat Dikebumikan Lebih Kurang 10 Malam Tadi.

Moga Umi Ditempatkan Dalam Kalangan Orang-Orang Yang Beriman.
Aminn.

Thursday, February 23, 2012

Doa Dan Semangat

18 comments:
Assalamualaikum.

Dear Friends And Bloggers.
Umi Fa Masuk Cardiac Intensive Care Unit (CICU) Sejak Hari Isnin Pagi, 20 Februari 2012 Di Damansara Specialist Hospital.
Bermula Dengan Sesak Nafas,
Umi Fa Terkena Heart Attack.
Jantung Umi Berhenti Lebih Dari 10 Minit,
Breathing Umi Berhenti.
Blood Pressure Umi 0.

Due To That,
Oxygen Tak Sampai Kat Otak,
Causing Kekurangan Oxygen,
Status Umi Sekarang,
" HYPOXIC ISCHEMIC BRAIN INJURY, SEVERE LEVEL "

Doctor Cakap Bila Dah Tahap Severe,
Kemungkinan Untuk Pesakit Bangun Semula Adalah Sangat Tipis.
Doctor Cakap, Otak Umi Rosak Secara Keseluruhan.
Sekarang, Umi Bernafas Dengan Bantuan Ventilator, Mesin Oxygen.
Tanpa Mesin Tuh, Umi Akan Stop Breathing.

Kami Hanya Mampu Berdoa Dan Berdoa Dan Berdoa Dan Tawakkal Kepada Allah Minta Dipanjangkan Umur Umi,
Moga Allah Berikan Miracle Kepada Umi.
Kami Masih Menaruh Harapan,
Dan Tak Akan Cabut Mesin Tuh.

Fa Meminta Bantuan Kawan2,
Tolong Doakan Umi Fa
SHARIFAH NOOR FADZILLAH BT SYED ABU BAKAR,
Semoga ALLAH Kuatkan Semangat Umi,
Semoga Allah Panjangkan Hayat Umi,
Semoga Allah Dapat Memberi Umi Hidup Seperti Biasa.
AMIN.

Just Nak Bagitau,
Life Support Dengan Ventilator Is Different,
Umi Bukan Under Life Support.
Umi Hanya Perlukan Bantuan Oxygen.

Monday, February 20, 2012

Tips Naek Kan CGPA?

38 comments:
Assalamualaikum.

** sebelum baca, tolong jawab poll tepi nuh boleh?**

Dah Seminggu Fa Tengok Keywords Blog Neh Pasal Tips Naek Kan CGPA.
Fa Bukan Terer Mana Pun,
Tapi Fa Boleh La Bagi Sket2 Cara Nak Tingkatkan Grade Exam.

1. Jawab Soalan Ikut Markah
Bila Exam, Jawab Ikut Kesesuaian Markah Yang Disediakan.
Contoh nya, Kalo Soalan Tuh Bagi 1 Markah Je,
Tak Payah La Tulis Berjela Macam Buat Satu Esei.
Bazir Masa Nanti.
Kalo 3 Markah, Biasanya Kena Ada Explanation And Example.

2. Tumpu Sepenuh Perhatian Dalam Kelas
Mula-Mula Fa Tak Caya Pasal Benda Neh.
Sebab Macam Lah Kita Boleh Ingat Apa Yang Cikgu Cakap Pun.
Tapi Rupanya, Yes Kita Memang Boleh Ingat.
Mungkin Tak Lengkap, Tapi Kalo Tengah Exam,
Tiba-Tiba Blank, Kita Boleh Try Ingat Balek Apa Yang Cikgu Cakap. InsyaAllah.
ehsan chibird

3. Sucikan Niat
Jangan Ada Perasaan Tak Suka Lecturer,
Jangan Menyampah Dengan Kawan,
Jangan Kedekut Nak Kongsi Ilmu.
Lecturer Lokek Markah Ke, Pilih Kasih Ke Apa Ke, Tak Pe.
Yang Penting Kita Dah Cuba Sedaya Upaya.

4. Baca Semula
Agak Susah Untuk Kita Menghafal Segala Benda Yang Kita Belajar, Tapi Tak Mustahil.
Salah Satu Caranya Adalah Dengan Membaca Semula Nota Berulang-Ulang Ulang Ulang Ulang Ulang Kali. Haa Berapa Banyak Ulang Dah Tuh?
Kita Mungkin Tak Dapat Hafal Sebiji-Sebiji Ayat Tuh,
Tapi At Least Kita Paham. Itu Lebih Penting!

5. Usaha, Doa Dan Tawakkal
Macam Biasa Lah Kan. Kena Usaha Dulu, Kerja Sekeras-Kerasnya,
Pastu Doa Sentiasa. Then Tawakkal Lah.
InsyaAllah Diberkati Dan Berjaya Kelak. Peh Ayattt.
ehsan google


Sunday, February 19, 2012

Tak Payah Daftar Mengundi Pun

11 comments:
Assalamualaikum.

Alhamdulillah Ada Jugak Respon Dari Korang Untuk Video Semalam Tuh.
Mekaseh Yea.
Fa Tau Susah Sket Nak Tengok Video,
Sebab Tuh Tak Ramai Tak Beri Feedback.

Fa Dah Buat Cara Baru Untuk Meraih Pendapat Korang Semua.
Senang Je. Tak Yah Daftar Mengundi Pun. Hehe
Fa Ada Buat 3 Soalan Berbentuk Poll Kat Tepi Nuh, Sidebar.
Sudi Tak Korang Jawab?
Kalo Ada Jawapan Laen,
Korang Just Komen Kat Mana-Mana Entry Atau Shoutbox.

Tapi Fa Still Akan Post Video Jugak,
Sebab Itu Adalah Salah Satu Requirement Dari Lecturer Fa.

Semua Soalan Berdasarkan Rancangan One Month Ramadhan In Kuala Lumpur,
Sebab Panjang Sangat Tajuk Nya,
Fa Buat Jadi OMRIKL Je Tau?
Jangan Rasa Pelik Pulak.
Soalan Mungkin Akan Bertambah.

If Tak Pernah Tengok Cerita Neh,
Kalo Free Korang Boleh Tengok Video Nya Kat Entry INI.
Kalo Tak Free, Korang Vote Je Lah Pape Pun :P

Jasa Korang Sangat Lah Dihargai.
Kalo Korang Undi, Fa Bukan Dapat Duet Pun,
So Takda Niat Mengumpul Wang Pun Tau.
Memang Semata-Mata Untuk Research Semester Neh Saja.
Thank You So Much Sayang! :D

Saturday, February 18, 2012

One Month Ramadhan In KL

18 comments:
Assalamualaikum.

Semalam Fa Kata Fa Akan Post Video Dokumentari Terbitan TV Al Hijrah Kan?

Tajuk Rancangan Neh Adalah,
"ONE MONTH RAMADHAN IN KUALA LUMPUR"

Sedikit Synopsis:
Mengenai Lydia Perr Seorang New Yorker, Bukan Islam,
Menyertai Program Bernama 'Lonely Planet' Anjuran MK Direct.
Di Mana Lydia Perr Akan Merasai Sindri Pengalaman Berpuasa Selama Sebulan Pada Bulan Ramadhan Di KL.

Interestingly,
Sepanjang Sebulan Beliau Berpuasa,
Lydia Makin Memahami Islam Dan Memperoleh Perspektif Yang Lebih Meluas Terhadap Islam.

Macam-Macam Aktiviti Yang Lydia Buat,
Bukan Setakat Duduk Berlenggang Kat Rumah Encik Idris, Director MK Direct.

Fa Perasan Beberapa Perkara Macam Dipandang Remeh Sama Ada Dari Pihak MK Direct Sendiri, Atau TV Al Hijrah Selaku Penyiar Rancangan Ini.
Tapi Takpe, Apa Kata Korang Pulak Tengok Dan Berikan Pandangan Korang.
Tengok 5 Minit Pun Jadilah. :)

EPISODE ONE PART ONE

EPISODE ONE PART TWO

Segala Komen, Nasihat, Pandangan, Adalah Amat Dihargai.
Semua Respon Korang Boleh Membantu Fa Menyiapkan Research.
Thank You! :)

Friday, February 17, 2012

Pendapat Diperlukan

29 comments:
Assalamualaikum.

Awak Awakkkk.
Fa Nak Mintak Tolong Sikit Boleh? *suara mengancam ala-ala Tasha Manshahar*

Jangan Risau,
Ini Bukan Entry Mintak Tekan ChurpChurp,
Klik Nuffnang, Like Fan Page
Dan Bukan Juga Sesi Promosi Tolong Vote Gamba Nak Menang Baju Kebaya.

Ini Entry Mintak Tolong Korang Menunjukkan Kebijaksanaan Korang Dengan Memberi Pendapat.
Salah Satu Research Projek Fa Semester Neh Adalah Mengenai TV Al-Hijrah.
Dari Masa Ke Semasa,
Fa Akan Post Video Salah Satu Dokumentari TV Al-Hijrah.

Fa Tak Mintak Korang Tengok Sampai Habes,
Sebab Fa Tau Tak Semua Ada UniFi Kan?

Hari Neh Takda Video Lagi Tau.
Next Post Okay? Step By Step. Hehe

Kebetulan Pulak,
Semester Neh Penggunaan Blog Sebagai Salah Satu Medium Mencari Maklumat Adalah Diwajibkan.
Berguna Jugak Blog Neh. -__-

Segala Komen Yang Diberikan,
Sedikit Sebanyak Dapat Membantu Fa Dalam Menyiapkan Report.
Mana Tau Komen Korang Akan Muncul Dalam Penulisan Fa Nanti? Glemer Sekejap Tau!

Tapi, Sebagai Permulaan,
Hari Neh Fa Nak Mintak Pendapat Korang Mengenai TV Al Hijrah.
Please! Sepatah Dua Pun Jadi Lah.
Terima Kaseh Bebanyak!
Jasa Mu Amat Lah Dikenang.

Kalo Tak Pernah Dengaq Or Tak Pernah Tau Pasal TVAH Pun Gtau Je.
At Least Fa Boleh Tengok Populariti TVAH.
Terima Kaseh Berjuta Lemon!

psstt: kepala benjol langgar bucu meja. T_T

Tuesday, February 14, 2012

Kau Punca Segalanya

26 comments:
Assalamualaikum.

Kawan Kawan Yang Dihormati Sekalian,
Untuk Pengetahuan Anda,
Blog Ini Mempunyai Dua Penulis.
Tapi Anda Mungkin Tidak Mengetahui Nya Kerana,
Penulis Kedua Iaitu Ashraf,
Pernah Menulis TIGA ENTRY Sahaja Termasuk Semalam.
Sekian Pengumuman Kecil Dari Saya.

Okay Berbalek Kepada Tajuk Yea Dearest.
Ini Adalah Nasihat Ikhlas Dari Fa,
Berdasarkan Pengalaman Sindri.
Pengakuan Ekslusip!

Dalam Dua Bulan Lepas Rambut Fa Asyik Gugur Tahap Kritikal Boleh Masuk ICU.
Mulanya Ingat Sebab Rambut Panjang Dan Tebal.
Tapi Sejak Cuti 3 Minggu Ari Tuh,
Rambut Fa Dah Tak Gugur.

Musykil Jugak.
Nak Kata Tukar Syampu,
Dah Berapa Tahun Tak Tukar Rejoice Neh.

Setelah Dibuat Kajian Dan Penelitian,
Punca Rambut Fa Gugur Adalah Ini

YES MEE SEGERA SANGAT LAH KEJAM.

Dulu Dok Hostel,
Maggi Memang Menu Utama Fa.
Serious Tak Tipu.
Teruk Kan Fa?
Sebab Tuh Sampai Kena Buat Azam Tak Nak Makan Maggi Dah.

Bila Cuti, Duduk Umah,
Mana Makan Maggi La Kan.
Dah Macam-Macam Makanan Berkhasiat Lagi Menyelerakan.
Peh Ayat Macam Nak Buat Iklan.

Maka Terbukti Lah,
Mee Segera Mempunyai Kandungan MSG Yang Amat Tinggi,
Sampai Boleh Botakkan Rambut Anda Yang Lebat Lagi Bertenaga.
Err Rambut Bertenaga Ek?

Fa Tau, Kita Manusia Biasa,
Memang Tak Leh Lari Dari Mee Segera. :D
Sekali Sekala Mesti Teringin Jugak Makan Mee Nuh.
Takpe Lah 2 Bulan Sekali Boleh La Kot.

Tapi Jangan Jadi Macam Fa Tau,
Makan Mee Segera Sampai 2 Minggu Sekali.
No Good! Nanti Botak!

Monday, February 13, 2012

Duet Banyak

16 comments:
Assalamualaikum.

Untung Budak-Budak Zaman Sekarang.
Sekolah Tak Abes Lagi Tapi Dah Dapat Kete.
Ada Yang Sampai Boleh Beli Kete Sindri.
Aku? Nak Beli Buku Pun Harapkan Baucar Je Tau.

Tapi Masalahnya,
Kalo Dah Nama Pun Budak-Budak,
Pemikiran Pun Sempit La Sikit.
Kalo Aku, Ada Duet Banyak,
Baek Aku Simpan ASB Ke, Tabung Haji Ke.
Banyak Gak Bonus.

Yelah Kereta Memang Perlu Pun,
Tapi Kalo Sekolah Lagi,
Nak Guna Kereta Buat Pa?
Lesen L Pun Tak Lepas Lagi.

Aku Bukan Nak Mengutuk Sesapa,
Aku Cuma Cakap Cara Aku Nak Guna Duet Aku.
Kalo Duet Aku Menggunung Dek Kerana Hasil Usaha Aku,
Peh Lagi Sayang Kot Nak Guna!
Paling Banyak Aku Bagi Kat Mak Bapak Aku Je,
Yea Ke? Heh Mungkin Lah.

Laen Orang Laen Cara Kan.
So Sukati Lah Nak Buat Pe Pun Dengan Duet Tuh.
Yang Penting,
Jangan Guna Ke Jalan Yang Salah Sudah.
Membazir Itu Amalan Syaiton!

Penulis Kedua Blog Ini.
-Ashraf-

Sunday, February 12, 2012

Separuh Hari Di Muar

23 comments:
Assalamualaikum.

Hari Senin Lepas Fa Pegi Muar Dengan Pemili.
Semata-Mata Nak Makan Tanpa Rasa Kecewa.
Lebih Tepat, Nak Melantak Mee Bandung Muar Dan Satay Johor.

Orang Johor Mesti Setuju 800% Bila Baca Ayat Berikut:

" SATAY JOHOR IS THE BEST SATAY IN THE WORLD! KALAH SATAY KAJANG OKAY?! "

Itu Hanyalah Mengikut Deria Rasa Lidah Keluarga Fa Saja.
Orang Laen Nak Bangkang, Ikut Suka Lah. :P

Dipendekkan Cerita,
Kami Park Kereta Dekat Dengan Jeti Muor,
Pastu Jalan Satu Pekan Muar Tuh.
Baru Masuk Satu Simpang,
Tangan Dah Mengangkut.
Tau Tak Kami Borong Apa?
KASUT!
Agak-Agak Dah Lebam Membeli-Belah,
Mula Operasi Cari Kedai Mee Bandung.
Akhirnya Masuk Satu Simpang Lagi,
Nampak Meja Banyak Dan Dipenuhi Manusia.
Haaa Sasaran Dikenalpasti!

Sebelum Sampai Restoran Tuh,
Lalu Pulak Kedai Bakery.
Nampak Segar Bugar Dan Murah.
Bayangkan Egg Tart 70 Sen Je?
Kat Giant Pun Seringgit Tau?

Akhirnya, Setelah Melepasi Segala Rintangan,
Sampai Jugak Ke Kedai Mee Bandung Idaman SeMalaya.
Kami Order, Soto, Mee Bandung, Dan Satay.
Laju Macam Kilat Akak Tuh Amek Order,
Sebab Ramai Orang, Jadi Dia Kena Pantas.
Pelanggan Pun Kena Makan Laju Laju. -__-

Jemput Makan Yea?
SOTO RM 3.50
4/5 BINTANG
Sup Dah Mengancam,
Tapi Nasi Impit Dia Terlalu Lembik Bagi Fa.
Mungkin Orang Laen Suka La Kot.

MEE BANDUNG- RM4
4.5/5 BINTANG
Kenapa Bukan 5 Bintang Penuh?
Sebab Fa Tak Minat Mee Bandung. :D

SATAY AYAM & DAGING- 50 SEN
3.8/5 BINTANG
Satay Dia Kureng Sebab Macam Mentah SIKIT.
Mungkin Sebab Nak Cepat,
Dia Tak Sempat Nak Bakar Betul-Betul.
Tapi, Dari Segi Kelembutan, Tak Da Sape Boleh Kalah Kan Selain Dari Satay Kat Larkin. :P

Overall: 8.5/10 Bintang
Kenapa Sikit Sangat Bintang Padahal Sodap Belaka?
Sebab Kedai Dia Kedai Tumpang.
Makanan Nya Dijual Abu Bakar Neh,
Tapi Air Disediakan Orang Cina.

Tokey Sebenar Adalah Cina.
Dan Ada Sedikit Ketidak Selesaan Sebab Ramai Dan Panas.
Bila Ditanya Orang Sejati Muar,
Katanya Abu Bakar Hanipah Memang Menumpang Je Jual Makanan.
Kat Kedai Laen Pun Dia Tumpang.

Setelah Selesai Melaburkan Duet Kat Muar,
Kami Teruskan Perjalanan Ke Melaka.
Ada Apa Di Melaka?
NANTI KAN PART TWO :D

psstt: hamek kau berjela-jela. maaap!

Saturday, February 11, 2012

Kerana Fasha Sandha

25 comments:
Assalamualaikum.

Pada Malam Minggu Yang Lalu,
Munah Dan Keluarga Nya Pegi Window Shopping Di One Utama.
Memandangkan Mereka Belum Dinner,
Mereka Singgah Di A&W Untuk Mencekik.

Sedang Mulut Munah Dipenuhi Dengan Coney Dog Yang Kenyal,
Tiba-Tiba, Mak Munah Bersuara,

Mak:  Eh Munah! Sape Tuh?! Fasha Sandha Kan?! *sambil menunjuk ke arah kedai Converse depan A&W*

Abang Munah Mencelah,
Abang: Haah La Munah! Fasha Sandha Tuh!

Munah Dengan Perasaan Terpotong Nafsu Makan Nya,
Mencari Manakah Fasha Sandha Yang Dijerit-Jeritkan Dari Tadi.

Munah: Mana Ada Fasha Sandha? Yang Putih Melepak Tuh? Bukan Lah! Baby Sape Pulak Yang Dia Bawak Tuh Pun.

Mak: Iyaaa. Dia Menjeling Kat Umi Tadi Lepas Umi Dah Nampak Dia. Artis Kan Selalu Gitu.
Abang: Tak Caya? Nak Bet? Kalo Betul Bayar Sepoloh Inggit.

Munah Dengan Perasaan Tercabar Tahap Meluap,
Bersungguh-Sungguh Keluar Dari A&W Dan Mengejar 'Fasha Sandha' Itu.
Sehingga Berlari Si Munah Itu Dalam Shopping Mall.
Kerana Sepoloh Inggit,
Munah Lupakan Pandangan Musykil Orang Sekeliling.
Yelah, Sape Yang Lari Dalam Mall Betul Tak?
Munah Berjaya Memotong Wanita Ala-Ala Fasha Itu,
Dan Bertindak Berjalan Melawan Arus Supaya Munah Dapat Melihat Muka Wanita Itu.

Dengan Hati Riang Ria Raya Cornflakes Nya,
Dalam Ingatan Munah Hanya Lah

Munah: YES AKU AKAN DAPAT SEPOLOH INGGIT!

Sekembalinya Munah Ke A&W,
Abang Dan Mak Munah Masih Lagi Yakin Yang Wanita Mereka Nampak Itu Adalah Fasha Sandha.

Abang: Haa Sepoloh Inggit!
Munah: Awak Lah Bagi Munah Duet, Tuh Bukan Fasha Sandha, Tu RITA RUDAINI!

Mak: Haa Betul Lah Umi Cakap. Umi Memang Tak Kenal Nama Artis, Maen Sebut Je.

Munah: Pfftt &*^%#$##

Aku Berlari Sampai Semput Semata-Mata Salah Nama? Pffftt!
Dah La Bet Sepoloh Hengget Tuh Pun Tipu. Apa Pun Tak Boleh! Pfftt
psstt: ini kisah benar

Thursday, February 9, 2012

Blogger Hipokrit?

35 comments:
Assalamualaikum.

Setuju Tak Kalo Fa Kata,
Cara Kita Berblog Melambangkan Identiti Kita?
Cara Kita Menulis Menunjukkan Pe'el Kita?
Cara Kita Berbahasa Menonjolkan Budi Kita?

Maka, Persoalannya Di Sini,

SEMUA BLOGGER MEMANG MENULIS IKUT PERANGAI SEBENAR KAH?

Terus Terang Fa Nak Mengaku.
Fa Sebenarnya Bukan Menulis Ikut Kepala Sindri,
Tapi Fa Ikut Kesesuaian Semua Orang Punya Kelapa.

Masa Mula-Mula,
Fa Menulis Entry Dalam English.
Tapi Terselit Jugak Lah Melayu.
Tak Caya Baca Entry INI dan ITU.

Lepas Tuh, Fa Rasa English Blog Susah Nak Berkembang.
Maka Fa Stop Using English As The Main Language Of My Writings.

Pernah Seketika Fa Bahasakan Diri Sebagai 'Aku'.
Bukti Di SINI dan Di SANA.

But Lama-Lama Fa Rasa Macam Tak Sesuai Kalo Orang Yang Lagi Tua Dari Fa Baca.
Macam Kuang Ajo Pun Ada.
Hence Fa Dah Tak Guna Aku, Cuma Sesekali Je Ikut Entry.

Tapi Fa Tengok Majoriti Blogger Guna 'Aku', Diorang Lepak Je?
Mungkin Diorang Praktikkan Istilah 'Blog Aku, Sukati Aku' Kan?

Korang Rasa Camne?
Fa Kiranya Secara Tak Langsung,
Dah Menipu Anda Semua.

Fa Membahasakan Diri Sebagai Fa Untuk Menghormati Blogger Laen, Dan Mengelakkan Kemarahan.
Cuma Bila Guna Fa,
Rasa Macam Fa Neh Seorang Yang Lembut.
Padahal Hakikatnya.....Ehem Ehem.

Teringin Jugak Menaip Ikut Sukati,
Tapi Fa Takut,
Kenapa Ek?

Boleh Ke Fa Menukar Cara Penulisan Fa?
Atau Perlu Ke Fa Kekalkan 'Identiti Kedua' Fa Neh?

Tuesday, February 7, 2012

Nuffnang Nuffnang!

28 comments:
Assalamualaikum.

Okay Eksaited Sangat!
Mungkin Ada Sedikit Bait-Bait Jakon Lah Jugak.

Sebenarnya,
Fa Dapat Something Dari Nuffnangggg!
Akhirnya Berjaya Jugak!
Berapa Kali Fa Masuk,
Tak Pernah Menang. T_T

Nuffnang Kan Selalu Bagi Tiket Wayang Untuk Tengok Premiere Screening,
Tapi Nak Dapat Tiket Tuh Kena Jawab Soalan Dia Bagi Dulu.

So, Setakat Neh Fa Pernah Cuba Untuk Cerita The Muppets, Chronicles Dengan Yang Terkini Safe House.
Akhirnya, Jawapan Fa Berjaya Menambat Hati Para Juri!
Hasilnya?

cuba tekan
DUA TIKET KE NUFFNANG PREMIERE SCREENING,
Cerita SAFE HOUSE!

Date: 8th February 2012
Time: 9.30 pm
Venue: CATHAY CINEPLEX E@CURVE

Nak Tau Kenapa Fa Beriya Nak Menang Tiket Dari Nuffnang?
Sebab Cathay Cineplex Nuh,
Kalo Jerit Dari Rumah Fa Pun Boleh Dengaq.
Okay Hiperbola.

E@Curve Dekat Dengan Rumah Fa.Dalam 5-7 Minit Naek Kete Sampai Lah.
Bayangkan Betapa Convenient Nya Venue Dia Untuk Fa?
Gumbira Senyum Sampai Lebih Dari Telinga Tahu?

psstt: Tadi Ternampak Maria Elena ;)

Perhatian Kepada Pemenang Express GA

13 comments:
Assalamualaikum.

Fa Tau Yang Menang Neh Mesti Tido Tak Basah,
Mandi Tak Lena Kan?
Happy La Katakann. :D

Sebelum Tuh, Ada Satu Berita Gumbira Untuk Peserta Laen,
Ada Sorang Pemenang, Blog Nya Diprivate Kan.
Dari Mula Join, Sampai Sekarang Masih Belum Unprivate.
Fa Terpaksa Cabut Nombor Laen.
Nombor Yang Bertuah Adalah?

13
Anda Memenangi Cooler Pad Laptop Tajaan Mr Trollulz! 

Sila Ikut Arahan Berikutnya Untuk Proses Claim Hadiah Okayh?

1. Pemenang Zip Wallet Tajaan The Bag Galore:
Email Details Anda Ke arlynzlittleheart@gmail.com

2. Pemenang Pen Drive Tajaan Kedai Pen Drive Unik:
Email Details Anda Ke liftedx@yahoo.com

3. Semua Pemenang Tajaan Mr Trollulz:
Email Details Anda ke liftedx@yahoo.com

4. Semua Pemenang Shawl:
Email Details Anda ke liftedx@yahoo.com

5. Pemenang Elegance Header Tajaan Lil Anys:
Add Facebook Cik Anys Dalam Tempoh 3 Hari Dari Sekarang Saja.

6. Pemenang Header Dan Watermark Tajaan Tehaa NFM:
Email fahtehaa_maarif@yahoo.com Atau PM Dia Di Pesbuk.

7. Pemenang Edit Blog Tajaan Dunia Sebenar Shida:
Add Facebook Cik Shida Dan PM Dia.

8. Pemenang Topup/Cash Tajaan Cik BeLLa:
Add Mukabuku Cik BeLLa Dan PM Dia.

9. Semua Pemenang Hadiah Dari Fa:
Email Details ke liftedx@yahoo.com

Selain Dari Pemenang Elegance Header,
Anda Diberi Peluang Sampai Hari Ahad, 12 Februari 2012 Saja Untuk Claim.
Kalo Tak, Nombor Laen Akan Dicabut.

Monday, February 6, 2012

20 Pemenang Express Giveaway!

23 comments:
Assalamualaikum.

Maap Lah Lambat SIKIT Umumkan Pemenang.
Fa Rasa Kalo Ikutkan GA Laen,
Fa Lagi Cepat Kot.
Tapi Belum Pape Dah Ada Yang Complain Fa Lambat. -__-
Saya Pegi Muar Hari Neh,
Balek2 Terus Siapkan Nombor Suma.

nombor cabutan
Jeng Jeng Jenggg
Berikut Adalah Nombor Pemenang,
Dan Hadiah Yang Dimenangi. *ayat tak leh blah*

Pemenang Zip Wallet Replica Tajaan The Bag Gallore
Pemenang Pen Drive 4Gb Tajaan Kedai Pen Drive Unik
Pemenang Shawl Tajaan Mr Trollulz
Cooler Pad Laptop Tajaan Mr Trollulz
Pemenang 2 Pasang Earrings Tajaan Mr Trollulz

Pemenang Shawl Tajaan Marmalade Biz

Shawl Dual Tone Tajaan Shafinaz Enterprise

Pemenang Elegance Header Tajaan Lil Anys


Pemenang Simple Header Tajaan Tehaa NFM

Pemenang Simple Watermark Tajaan Tehaa NFM

Pemenang Edit Blog Simple Tajaan Dunia Sebenar Shida

Pemenang Topup Atau Cash RM10 Tajaan Cik BeLLa

Pemenang Necklace dan Earrings Dari Bali Tajaan Fa! :D

Pemenang Purse LV Tajaan Fa :D

Pemenang Handmade Photo Album Dari Bali

Mak Aihhh Nak Cabut Nombor Pun Nebes Tauuu.

KEPADA SEMUA PEMENANG
NANTI KAN PENGUMUMAN SETERUSNYA UNTUK PROSES CLAIM HADIAH.

TAHNIAH SEMUAAAA.

Yang Tak Berjaya Tuh,
Takda Rejeki.
Next Time Cuba  Lagi Okayh?

THANK YOU EVERYONEEE!